Connect with us

Terkini

“Artis masuk politik lebih dipandang hina berbanding penjenayah,” – Herman Tino

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini turut menyaksikan beberapa penggiat seni diumum menjadi calon selepas dinilai pucuk pimpinan parti sebagai individu berkaliber memikul tugas wakil rakyat.

Wartawan TMT

Published

on

"Artis masuk politik lebih dipandang hina berbanding penjenayah," - Herman Tino
Foto: Herman Tino, sumber MStar.
  • Herman Tino atau nama sebenar Masrun Tamsi, 67 tidak pernah bercita-cita menyertai dunia politik pada mulanya.
  • Berkongsi pengalamannya, artis yang menyertai politik lebih hina daripada penjenayah.
  • “Keputusan untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjung Karang dibuat kerana mahu membuktikan kepada seorang individu yang secara terang-terangan memperlekehkan saya. Selain itu, keputusan itu didorong rasa kecewa terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam parti politik yang saya sertai ketika itu,” kata Herman Tino yang merupakan bekas calon bebas.
  • Tidak sanggup lagi berdepan sepak terajang politik yang memualkan, Herman memutuskan tidak mahu bertanding pada PRU14 pada 2018, tambahan turut dimaki sahabat baiknya dan digelar ‘binatang’, selain penduduk Tanjung Karang mencemuhnya hingga ke hari ini walaupun peristiwa itu sudah sembilan tahun berlalu.

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini turut menyaksikan beberapa penggiat seni diumum menjadi calon selepas dinilai pucuk pimpinan parti sebagai individu berkaliber memikul tugas wakil rakyat.

Dengan pengaruh dimiliki, selebriti yang petah dan bijak berpolitik, tentunya mempunyai peluang menambat hati pengundi yang rata-ratanya tahu menilai calon yang difikirkan sesuai memperjuangkan nasib masyarakat.

Dalam senario politik Malaysia, pembabitan anak seni dalam dunia politik bukanlah baharu. Sama dengan golongan profesional lain, selebriti tidak terkecuali mempunyai kesedaran berpolitik terutama bagi mereka yang selama ini banyak terbabit dalam aktiviti persatuan yang mengangkat isu pekerja seni.

BH menemuramah bintang veteran iaitu penyanyi terkenal era 1980-an, Herman Tino yang pernah bergelar calon pada PRU13, hampir sedekad lalu iaitu pada 2013.

Bertanya Herman atau nama sebenar, Masrun Tamsi, 67, yang bertanding atas tiket calon bebas menggunakan lambang bunga raya, penyanyi lagu popular, Mengapa Dikenang Mengapa Difikir ini mengakui berdepan cabaran merebut kerusi Parlimen Tanjung Karang, Selangor.

“Artis yang menceburi bidang politik lebih dipandang hina berbanding penjenayah,” katanya sebaik berkongsi pengalaman berdepan penyandang kerusi iaitu sahabat baiknya daripada Barisan Nasional (BN), Tan Sri Noh Omar, ketika itu.

Herman berkata, beliau tidak pernah bercita-cita menyertai dunia politik, pada mulanya.

“Keputusan untuk bertanding kerusi Parlimen Tanjung Karang dibuat kerana mahu membuktikan kepada seorang individu yang secara terang-terangan memperlekehkan saya. Selain itu, keputusan itu didorong rasa kecewa terhadap penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam parti politik yang saya sertai ketika itu.

“Apabila saya memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas, ramai tidak boleh terima dan hina saya. Saya pernah digelar ‘binatang’.

“Malah, kawan baik saya sanggup memaki hamun hanya kerana disebabkan keputusan saya itu. Mungkin bagi mereka, artis tidak layak sertai politik, apatah lagi bergelar calon. Bagi mereka adalah menjadi suatu kesalahan besar jika artis berada di pentas politik,” katanya kepada BH Online.

Tidak sanggup lagi berdepan sepak terajang politik yang memualkan, Herman memutuskan tidak mahu bertanding pada PRU14 pada 2018.

“Cukuplah dengan pengalaman yang dilalui pada 2013. Biarlah menjadi kenangan sepanjang zaman. Bagi mereka, golongan artis memang tiada tempat di pentas politik.

“Walaupun sudah sembilan tahun berlalu, sampai hari ini, seluruh Tanjung Karang masih mencemuh saya. Itu yang saya dapat hasil tindakan berani yang dilakukan itu.

“Apa-apa pun, saya tidak pernah menyesal dengan keputusan yang dibuat. Sekurang-kurangnya, apabila saya sudah tiada nanti, ada juga meninggalkan sesuatu yang boleh dianggap sejarah dalam senarai pencapaian peribadi sepanjang bergelar anak seni,” katanya.

Kelmarin, pada majlis pengumuman calon PRU15 Gerakan Tanah Air (GTA)-Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), pelakon dan pengarah, Ahmad Idham Ahmad Nadzri serta teman seangkatan dunia seni, Datuk Seri Eizlan Yusof, diumumkan calon GTA bagi PRU15.

Ahmad Idham dan Eizlan daripada badan bukan kerajaan (NGO), Gagasan Bangsa, masing-masing akan bertanding di Parlimen Port Dickson dan Sabak Bernam, atas tiket PEJUANG.

Selain dua selebriti itu, pelakon Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando dilaporkan turut dicalonkan bagi Parlimen Tanjung Karang.

Sumber : Berita Harian

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Enjin carian dikuasakan AI kemungkinan langgar hak cipta kandungan berita – Media Jepun

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.
  • Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.
  • Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.
  • Persatuan media itu menyatakan kebimbangan tentang “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”, sekali gus boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita”.
  • Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Media Jepun pada Rabu membangkitkan kebimbangannya mengenai penggunaan kecerdasan buatan (AI), sekali gus menggesa semakan segera undang-undang hak cipta.

Sebuah badan mewakili media massa di negara ‘Matahari Terbit’ itu berkata syarikat yang mengendalikan enjin carian dikuasakan AI seperti Google LLC dan Microsoft Corp. harus mendapatkan persetujuan daripada organisasi berita untuk kandungan.

Persatuan Penerbit dan Editor Akhbar Jepun berkata penggunaan AI oleh syarikat-syarikat itu “berkemungkinan melanggar hak cipta,” lapor Kyodo News yang berpangkalan di Tokyo, dipetik agensi berita Anadolu.

Persatuan itu juga menyatakan kebimbangan mengenai “kemungkinan ketidaktepatan dalam respons yang dihasilkan enjin carian AI”.

Ia boleh membahayakan artikel sumber itu sendiri sebagai “salah dan merosakkan kredibiliti organisasi berita,” katanya.

“Enjin carian AI kadangkala mengembalikan respons yang tidak tepat kerana mereka menggunakan semula atau mengubah suai artikel secara tidak wajar,” kata persatuan itu.

Persatuan itu berkata syarikat harus memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan mereka sebelum pelancaran.

Menyatakan situasi terbabit sebagai “perkara mendesak,” persatuan itu turut menggesa kerajaan Jepun “menyemak undang-undang yang berkaitan dengan harta intelek, seperti akta hak cipta”.

Kenyataan itu turut menunjukkan “isu ‘carian sifar klik’, di mana pengguna tidak melawat sumber asal (artikel/kandungan)”.

“Kekurangan trafik boleh membawa kepada pengurangan aktiviti pelaporan organisasi berita, yang kemudiannya akan memberi kesan negatif kepada demokrasi dan budaya,” kata persatuan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending