Connect with us

Antarabangsa

Sungai Tigris di Iraq semakin kering

Sungai Tigris yang dikatakan mengairi Taman Eden dan melahirkan tamadun dikatakan semakin kering hari demi hari, demikian lapor The Times of Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Sungai Tigris di Iraq semakin kering
Foto: Sungai Tigris.
  • Hari ini Sungai Tigris semakin kering di mana alirannya juga tidak sederas beribu-ribu tahun dahulu.
  • Sungai Tigris terletak di Iraq iaitu antara lima negara paling terdedah dengan perubahan iklim dan bencana alam.
  • Suhu dilaporkan meningkat sehingga 35 darjah Celcius sejak April lalu sehingga langit bertukar warna menjadi jingga.
  • Musim panas kali ini juga dikatakan mencecah sehingga 50 darjah Celcius, menghampiri had ketahanan manusia.

BAGHDAD – Sungai Tigris yang dikatakan mengairi Taman Eden dan melahirkan tamadun dikatakan semakin kering hari demi hari, demikian lapor The Times of Israel.

Aktiviti manusia dan perubahan iklim menghalang alirannya yang dahulu deras melalui Iraq sehingga mewujudkan tamadun Mesopotamia beribu-ribu tahun lalu.

Iraq mungkin sebuah negara yang kaya dengan minyak tetapi negara itu dilanda kemiskinan selepas peperangan dan kemarau berdekad-dekad.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Iraq antara lima negara yang paling terdedah kepada perubahan iklim dan bencana alam.

Sejak April lalu, suhu di sana sudah melebihi 35 darjah Celcius dan ribut pasir yang kuat sering menjadikan langit berwarna jingga sehingga menyelimuti negara itu dengan lapisan debu.

Musim panas menyebabkan suhu mencecah 50 darjah Celsius – menghampiri had ketahanan manusia – dengan bekalan elektrik kerap terputus.

Sungai Tigris, talian hayat yang menghubungkan bandar-bandar seperti Mosul, Baghdad dan Basra, telah kering di samping hujan turut berkurangan.

Advertisement

Sumber: The Times of Israel

 

Author

Antarabangsa

Lelaki Muslim separuh buta dipukul, dipaksa sebut ‘Jai Shri Ram’

Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).
  • Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.
  • Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.
  • “Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.
  • “Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya  sehingga jatuh ke tanah,” kata mangsa, Hussensab.

INDIA – Polis Karnataka menahan seorang juruteknik perisian dan rakannya kerana didakwa menyerang seorang lelaki Muslim separuh buta berusia 65 tahun dan memaksanya untuk menyebut ‘Jai Shri Ram’ (kemuliaan Tuhan Rama).

Tertuduh iaitu Sagar Shetty Kalki, 24, dan Narasappa, 25, merupakan penduduk di kejiranan Gangavathi, dipercayai melakukan perkara itu terhadap  Hussensab pada 25 November lalu.

Ketika insiden itu, kedua-duanya difahamkan membawa mangsa ke laluan bawah landasan kereta api sebelum menyerang dan merompak mangsa.

Superintendan Polis (SP), Yashodha Vantigodi berkata tertuduh yang ketika itu berada dalam keadaan mabuk membenarkan Hussensab menumpang kenderaan mereka ke satu destinasi sebelum lelaki itu bertindak menarik topi Narasappa kerana meminta untuk berhenti.

“Marah dengan itu, tertuduh membawanya ke dekat sebuah laluan bawah landasan kereta api dan menyerangnya,” kata Vantigodi dipetik The Indian Express pada Rabu.

Sementara itu, Hussensab berkata ketika kejadian, dia merayu kepada suspek melepaskannya untuk pulang ke rumah kerana memilik penglihatan yang lemah

“Mereka memukul saya dengan botol kaca dan menggunakan serpihannya untuk memotong janggut saya dan memaksa saya menyebut Jai Shri Ram, selain mengugut untuk melakukan perkara lebih teruk jika tidak mematuhi mereka.

Advertisement

“Mereka juga cuba membakar janggut saya. Kemudian, mereka memukul saya sehingga jatuh ke tanah.

“Seorang pengembala di kawasan itu berteriak ketika mereka cuba memukul saya dengan batu dan bertindak melarikan diri. Dia kemudian membawa dan menelefon anak perempuan saya,” katanya.

Polis Gangavathi mendaftarkan kes itu di bawah Seksyen 394 (perompakan) dan 307 (percubaan membunuh) Kanun Kesalahan India (IPC).

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending