Connect with us

Terkini

Muat naik kandungan sumbang, Zul Ariffin mengaku bersalah

Gara-gara memuat naik babak panas menerusi laman sosialnya, pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang.

Wartawan TMT

Published

on

Muat naik kandungan sumbang, Zul Ariffin mengaku bersalah
Foto: Zul Ariffin.
  • Pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 ekoran memuat naik babak panas menerusi laman sosialnya. 
  • Hakim memerintahkan Zul Ariffin menjalani hukuman penjara sembilan bulan penjara tambahan sekiranya gagal membayar denda itu.
  • Pelakon itu membayar denda tersebut dan mengaku bersalah.

Gara-gara memuat naik babak panas menerusi laman sosialnya, pelakon terkenal, Zul Ariffin didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen Sepang.

Hakim Noorhisham Mohd Jaafar turut memerintahkan Zul Ariffin menjalani hukuman penjara sembilan bulan penjara tambahan sekiranya gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, pelakon itu membayar denda tersebut.

Ketika prosiding, aktor Tarik Aku Ke Syurga itu yang memakai sut kelabu kelihatan tenang ketika berada di kandang pesalah.

“Iya. Saya mengaku bersalah,” katanya.

Berdasarkan pertuduhan, Zul Ariffin, 36, mengaku secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang bersifat sumbang dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Hantaran video itu dilihat di Tower 1 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya pada 21 Mac. Kesalahan itu dilakukan Zul Ariffin pada 18 Mac 2022.

Advertisement

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya SKMM Fazril Sani Mohamed Fadzil mengikut Seksyen 223(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Zul Ariffin yang diwakili peguam Sivaram Prasad memohon mahkamah meringankan hukuman atas alasan anak guamnya telah memadamkan kandungan tersebut serta tidak mengulangi perbuatan itu selepas kejadian.

Sementara itu, Fazril dalam hujahan pemberatan hukuman mencadangkan hukuman berbentuk pengajaran dikenakan terhadap Zul Ariffin.

“Suatu hukuman yang mencerminkan ketegasan kerajaan berhubung kandungan internet ini perlu diambil kira mahkamah dalam membuat keputusan agar menjadi pengajaran bukan sahaja terhadap tertuduh malah masyarakat di luar sana,” katanya.

Sebelum ini, nama Zul Ariffin menjadi trending di laman Twitter gara-gara berkongsi satu klip video ‘panas’ sebuah drama terbaharunya yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

Sumber: Sinar Harian 

Advertisement

 

Author

Terkini

Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK

Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
  • Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
  • “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 
  • “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.

“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini. 

“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.

Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.    

Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.

Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen. 

Advertisement

Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.

Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.

“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.

Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.

Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.

Advertisement

Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending