Terkini
Saya seorang mengaku, yang lain semua malaikat, – Zul Ariffin
Menurutnya, dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
- Zul Ariffin secara sinis menempelak pihak terbabit atas pertuduhan yang dihadapinya.
- “Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa.
- “Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh,” – Zul Ariffin.
- Dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan dikemukakan SKMM.
SEPANG – Aktor popular, Zul Ariffin secara sinis menempelak pihak terbabit atas pertuduhan yang dihadapinya.
Menurutnya, dia dengan rela hati mengambil tanggungjawab untuk mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
“Yang lain semua terlibat (adalah) malaikat, saya seorang mengaku. Tidak mengapa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Kompleks Mahkamah Sepang di sini pada Selasa.
Zul Ariffin berkata, sebagai pelakon dan selebriti, setiap tindak-tanduk akan menerima akibatnya.
“Saya tahu salah saya sebab membuat hantaran,” katanya.
Menurutnya, pertuduhan itu menjadi pengajaran terhadapnya untuk lebih berhati-hati di media sosial.
“Juga pengajaran kepada orang-orang atau pelakon lain di luar sana.
“Jika disuruh membuat hantaran, tak payahlah. Beriya-iya ‘dibakar’ untuk tujuan promosi, berhati-hatilah. Jadikan saya sebagai contoh,” katanya.
Pelakon yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran pada 25 Oktober itu tiba di mahkamah pada jam 8.10 pagi ditemani beberapa individu termasuk peguam untuk menghadapi pertuduhan yang dikemukakan oleh SKMM.
Antara kelihatan penerbit, Gayathri Su-Lin Pillai.
Sumber: Sinar Harian
Terkini
JAKIM kaji cadangan wajibkan restoran ada sijil halal
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
- “Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
- “Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” kata Menteri Agama, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
- Semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
KUALA LUMPUR — Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengkaji cadangan untuk mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menyediakan hidangan daging babi atau minuman beralkohol.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini proses mendapatkan sijil halal lebih kepada sukarela oleh pengusaha restoran atau pemilik syarikat makanan.
“Ketika ini tiada undang-undang mewajibkan pengusaha restoran atau syarikat makanan memiliki sijil halal.
“Bila katakan kita nak mewajibkan semua (restoran) ada sijil halal beberapa akta ataupun undang-undang itu perlu perlu dipinda. Banyak agensi akan terlibat untuk menguatkuasakannya,” katanya dipetik FMT pada Khamis dalam sidang media di persidangan antarabangsa, International Conference on Family Law 2024.
Na’im berkata masyarakat Islam juga harus lebih peka dan mengambil inisiatif untuk menyemak status halal sesebuah restoran menerusi platform disediakan JAKIM seperti Portal Halal Malaysia.
Beliau berkata kesedaran yang tinggi dalam kalangan pengguna boleh membantu meningkatkan tekanan kepada pengusaha restoran untuk mendapatkan sijil halal.
Terdahulu, semakan status halal bagi premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw mendapati lima restoran terbabit bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
JAKIM dalam satu kenyataan dilaporkan berkata semakan itu dibuat berdasarkan dalam sistem MYeHALAL JAKIM bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.
Susulan kenyataan itu, Johnny’s Restaurants, Black Canyon Malaysia dan Dolly Dim Sum tampil membuat penjelasan mengenai perkara berkenaan pada Rabu.
Mereka memberi jaminan bahan-bahan dan makanan separa siap dihantar ke semua cawangan restoran menerima sijil halal daripada JAKIM.
Dolly Dim Sum dalam satu kenyataan memaklumkan, dapur berpusat yang membekalkan bahan-bahan dan makanan separa siap ke semua cawangan telah menerima sijil halal dari JAKIM (JAKIM.700-2/3/1021-06/2024).
Sementara itu, pihak pengurusan Johnny’s Restaurants and Black Canyon Malaysia pula menjelaskan pada masa ini kedua-dua restoran itu belum lagi disahkan halal oleh JAKIM.
Bagaimanapun, kedua-dua restoran itu menegaskan semua bahan mentah, termasuk ayam, telur, daging, diperoleh dari pembekal yang memiliki sijil halal. — The Merdeka Times
-
Terkini4 days ago
Kezaliman, fasisme ambil alih jika kaum majoriti memerintah negara kenyataan fitnah, melampau — Presiden WAFIQ
-
Kolumnis2 days ago
Kenapa negeri lain perlu memasukkan kuasa Mahkamah Syariah di dalam Undang-Undang Tubuh Negeri?
-
Terkini3 days ago
China tuntut Malaysia segera hentikan aktiviti di perairan kaya minyak berhampiran Sarawak
-
Terkini3 days ago
Kezaliman, fasisme berlaku jika ‘tangan’ majoriti perintah negara kenyataan fitnah berniat jahat – MP PKR