Connect with us

Antarabangsa

Kereta kebal rejim Israel kepung Hospital Indonesia, 12 terbunuh

Kereta kebal Israel mengepung Hospital Indonesia di Gaza, selepas serangan berterusan sejak awal hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kereta kebal Israel mengepung Hospital Indonesia di Gaza, selepas serangan berterusan sejak awal hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.
  • Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, keadaan di Hospital Indonesia kini seperti dilanda ‘malapetaka’.
  • “Kami bimbang tentera Israel akan mengulangi apa yang mereka lakukan di Hospital al-Shifa,” katanya.
  • Terdapat kira-kira 700 orang, termasuk kakitangan perubatan dan mangsa yang cedera, masih berada di dalam hospital.

Gaza: Kereta kebal Israel mengepung Hospital Indonesia di Gaza, selepas serangan berterusan sejak awal hari ini menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Ashraf al-Qudra berkata, keadaan di Hospital Indonesia kini seperti dilanda ‘malapetaka’.

“Kami bimbang tentera Israel akan mengulangi apa yang mereka lakukan di Hospital al-Shifa,” katanya.

Tindakan tentera Israel memperhebatkan serangan mereka menyebabkan krisis kemanusiaan bertambah buruk di Gaza terutama Hospital Indonesia yang masih menerima banyak pesakit.

Kakitangan Hospital Indonesia menegaskan mereka akan terus tinggal di situ untuk merawat mangsa yang cedera.

Terdapat kira-kira 700 orang, termasuk kakitangan perubatan dan mangsa yang cedera, masih berada di dalam hospital.

Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki berkata, Israel berusaha menamatkan riwayat rakyat Palestin di tanah mereka dan melenyapkan mereka sama sekali.

Advertisement

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada sidang kemuncak diplomat dari negara Arab dan Islam, di Beijing, China.

Di Beijing, pemimpin Arab Saudi, Jordan, Mesir, Indonesia, Palestin dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), sedang membincangkan cara menamatkan pertempuran di Gaza dan meningkatkan tekanan ke atas negara Barat bagi menghentikan kekejaman Israel.

Menurut Mesir, Israel mendesak rakyat Palestin meninggalkan Gaza bagi membolehkan mereka mengambil alih keseluruhan negara itu.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Luar Mesir, Sameh Shoukry berkata, pemindahan rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza akan mengancam keamanan, keselamatan dan kestabilan di rantau itu serta di dunia.

Katanya, dasar Israel yang menyekat kemasukan bantuan ke Gaza secara sistematik dan pengeboman besar-besaran tanpa henti bertujuan mendorong rakyat Palestin meninggalkan Gaza.

“Malangnya, pencabulan besar Israel yang melakukan jenayah perang ini tidak ditegur pihak bertanggungjawab, malah mereka ‘membutakan mata’,” katanya ketika pertemuan dengan Menteri Luar China di Beijing.

Advertisement

Beliau berkata, Mesir berusaha sedaya upaya untuk membawa bantuan ke Semenanjung Gaza melalui persimpangan Rafah.

“Namun, tindakan Israel yang menghalang kemasukan bantuan adalah dasar sistematik yang bertujuan memaksa rakyat Palestin meninggalkan Semenanjung Gaza yang kini dikepung dan dibom,” katanya.

Sumber: Kosmo

Author

Antarabangsa

Setiap orang awam dibunuh, 10 pejuang Palestin akan ‘dilahirkan’

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Senator Amerika Syarikat (AS) yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, Seth Moulton.
  • Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.
  • Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.
  • Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.
  • “Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.
  • Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

Senator Amerika Syarikat (AS), Seth Moulton, yang juga Ahli Demokrat di Kongres AS, mengkritik pendirian tentera Israel mengenai pembunuhan orang awam di wilayah konflik Gaza, Palestin.

Ia berkaitan dengan penilaian rejim zionis bahawa mereka “membunuh dua orang awam untuk setiap ahli Hamas”, di mana Moulton menyatakan perkara itu bukanlah sesuatu yang positif.

Moulton merujuk kepada sayap tentera Hamas iaitu Briged Al-Qassam.

Dalam satu temu ramah televisyen, Moulton memetik kajian Jeneral bersara, Stanley McChrystal yang mengatakan bagi setiap orang awam terbunuh, 10 pejuang Palestin akan direkrut.

“Dengan kiraan itu, Israel setakat ini membunuh 5,000 pengganas (pejuang) Hamas tetapi dalam usaha itu, mereka telah merekrut sekitar 100,000 pengikut baru dan perkara ini buruk buat Israel,” kata Moulton.

Jurucakap tentera rejim Israel, Jonathan Conricus pada Isnin memberitahu CNN bahawa nisbah dua penduduk awam Palestin dibunuh untuk setiap ahli Hamas satu “nisbah positif” kerana ia membabitkan situasi pertempuran dalam bandar.

“Kita tidak terlibat untuk menetapkan nisbah sebegitu, yang pada pendapat saya adalah (sesuatu yang) tidak enak,” kata Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dipetik Jordan News, mengkritik jurucakap tentera Israel itu.

Advertisement

Dujarric menekankan fokus PBB adalah untuk mencegah korban awam, walaupun mengakui cabaran-cabaran di Gaza, di mana lebih 16,000 warga Palestin terkorban sejak 7 Oktober lalu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending