Antarabangsa
Arab Saudi gesa dunia henti salur bantuan persenjataan kepada rejim pengganas Israel
Arab Saudi menolak sebarang usaha memaksa pemindahan keluar rakyat Palestin dan menyeru semua negara untuk menghentikan pengeksportan senjata ke Israel, kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman.

- Arab Saudi menolak sebarang usaha memaksa pemindahan keluar rakyat Palestin dan menyeru semua negara untuk menghentikan pengeksportan senjata ke Israel, kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
- Putera Mahkota Arab Saudi itu turut menuntut permulaan proses keamanan serius dan komprehensif berkaitan penubuhan negara Palestin berdasarkan persempadanan 1967.
- Berucap di persidangan maya BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), beliau menegaskan bahawa tiada cara lain untuk mencapai kestabilan dan keselamatan Palestin melainkan dilaksanakan keputusan antarabangsa berkaitan penyelesaian dua negara.
- “Kami menuntut dihentikan serta-merta operasi ketenteraan Israel di Gaza,” katanya semalam dipetik Arab News.
Arab Saudi menolak sebarang usaha memaksa pemindahan keluar rakyat Palestin dan menyeru semua negara untuk menghentikan pengeksportan senjata ke Israel, kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman.
Putera Mahkota Arab Saudi itu turut menuntut permulaan proses keamanan serius dan komprehensif berkaitan penubuhan negara Palestin berdasarkan persempadanan 1967.
Berucap di persidangan maya BRICS (Brazil, Russia, India, China dan Afrika Selatan), beliau menegaskan bahawa tiada cara lain untuk mencapai kestabilan dan keselamatan Palestin melainkan dilaksanakan keputusan antarabangsa berkaitan penyelesaian dua negara.
“Kami menuntut dihentikan serta-merta operasi ketenteraan Israel di Gaza,” katanya semalam dipetik Arab News.
Beliau berkata sejak bermulanya pergolakan, Arab Saudi bekerja tanpa henti untuk melindungi penduduk awam di Gaza serta menuntut kemasukan segera bantuan ke wilayah itu.
Setakat ini, Arab Saudi dilaporkan menghantar 15 pesawat membawa pelbagai bantuan, termasuk bahan tempat perlindungan, makanan dan ambulans selain ditubuhkan jambatan laut untuk menyampaikan bantuan kepada rakyat Gaza minggu lalu.
Sementara itu, pengerusi sidang tergempar kemuncak BRICS mendakwa rejim zionis Israel melakukan jenayah perang dan “pembunuhan beramai-ramai” di Gaza.
“Hukuman kolektif terhadap masyarakat awam Palestin dengan menggunakan kekerasan yang menyalahi undang-undang dilakukan Israel adalah jenayah perang. Penafian ubat-ubatan, bahan api, makanan, dan air dengan sengaja kepada penduduk Gaza adalah sama dengan genosid (pembunuhan beramai-ramai),” tegas Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa.
Sumber: Arab News
