Connect with us

Otomobil

Perodua Alza 2022 berteknologi canggih namun harga berpatutan!

Selepas 13 tahun, Perodua akhirnya mengeluarkan Alza generasi kedua dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik, turut dilengkapi enjin berkuasa tinggi dan teknologi canggih masa kini. 

Wartawan TMT

Published

on

Perodua Alza 2022
Foto: Perodua Alza 2022.
  • Direka mengikut Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
  • Keluaran baharu Perodua Alza dibuat di Perodua Global Manufacturing Plant (PGMSB), Rawang.
  • Tag RFID untuk sebagai piawaian untuk membayar tol dan memudahkan pengguna.
  •  Perodua ketiga yang mendapatkan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) selepas Ativa dan Myvi baharu.

Selepas 13 tahun, Perodua akhirnya mengeluarkan Alza generasi kedua dengan reka bentuk baharu yang lebih menarik, turut dilengkapi enjin berkuasa tinggi dan teknologi canggih masa kini. 

Sekiranya anda masih berkira-kira untuk membeli kereta ini, berikut adalah sepuluh fakta menarik tentang Perodua Alza 2020 yang perlu anda ketahui.

Berasaskan Toyota Avanza/Veloz

Pandangan belakang Perodua Alza

Pandangan belakang Perodua Alza

Reka bentuk Perodua Alza generasi pertama berasaskan daripada Daihatsu Boon Luminas dan Toyota Passo Sette, manakala model baharu ini diilhamkan dari keluar terbaru Toyota Avanza atau Veloz dan Daihatsu Xenia. Ketiga-tiga kenderaan direka mengikut Daihatsu New Global Architecture (DNGA).

Setiap keluaran baharu Perodua Alza dibuat di Perodua Global Manufacturing Plant (PGMSB), Rawang. Atas persetujuan bersama UMW Toyota Motor, syarikat tersebut turut mengeluarkan Veloz yang sama berkait rapat dengan Aruz. Alza berada dibawah market MPV manakala Veloz menggantikan Avanza.

Guna sistem janaan kuasa dan pacuan Myvi

Spesifikasi Perodua Alza

Alza 2020 terbaharu ini menggunakan sistem janaan kuasa dan pacuan yang sama dengan Myvi. Enjin 3SZ-VE 1.5L digantikan dengan enjin NR 1.5L yang digunapakai untuk model semasa Perodua dan Toyota ketika ini. Sebanyak 105 hp dan 138 Nm tork pada 4,200 rpm dihasilkan oleh unit 2NR-VE tersebut.

Advertisement

Perodua mendakwa kecekapan penggunaan minyak Alza 40 peratus lebih baik dengan menawarkan Eco Idle sebagai ciri piawaian (standard). Enjin Dual VVT-i Euro 4 empat-silinder juga digandingkan bersama kotak gear D-CVT.

Perodua Alza Mempunyai Android Auto
Android Auto Perodua Alza

Setiap varian Alza memiliki pelbagai jenis maklumat hibur (infotainment). Paultan.org melaporkan, spesifikasi tercanggih AV mempunyai kesemua ciri-ciri lama dengan tambahan Android Auto. Ini menjadikan Alza sebagai kereta Malaysia pertama yang mempunyai ciri dan fungsi ini.

Tag RFID sebagai piawaian

Foto: Sumber Paultan.org.

Foto: Sumber Paultan.org.

Ciri Alza seterusnya yang dilaporkan oleh Paultan.org adalah tag RFID untuk sebagai piawaian untuk membayar tol dan memudahkan pengguna. Pelekat RFID tersebut diletakkan dibahagian kiri-atas cermin depan kereta. Perodua sangat proaktif dengan menambah teknologi pembayaran tol terus ke dalam kereta.

Level 2 semi-autonomous driving piawaian AEB
Smart Drive Assist Perodua Alza

Keluaran  baharu Alza ini merupakan Perodua ketiga yang mendapatkan Perodua Smart Drive Assist (PSDA) selepas Ativa dan Myvi baharu. Ketiga-tiga keluaran tersebut dilengkapi dengan Advance Safety Assist (ASA) yang turut ada Pre-collision Braking (PCB) atau dikenali sebagai brek kecemasan automatik, Pedal Misoperation Control (PMC) dan Front Departure Alert (FDA) serta Lane Departure Warning (LDW), Lane Departure Prevention (LDP) dan Auto High Beam (AHB).

Advertisement

Memiliki kamera 360-darjah
Kamera 360 darjah Perodua Alza

Selain itu, ciri eksklusif Alza baharu ini adalah sistem kamera 360-darjah dimana kamera dibina dekat bahagian depan, belakang, dan cermin tepi kereta tersebut. Kamera-kamera ini dibuat untuk memberikan pandangan atas-bawah persekitaran kereta untuk memudahkan memarkir kereta itu.

Terdapat brek parkir elektronik
Parkir brek Perodua Alza

Brek parkir elektronik atau electronic parking brake (EPB) berfungsi dengan menekan butang yang berhampiran dengan gear kereta. Dengan adanya fungsi brek automatik ini, ia membolehkan pemandu untuk melepaskan kaki jika ingin menghentikan kereta secara mengejut. Ciri ini juga membolehkan ACC terhenti apabila mengekori kereta di hadapan,. Perodua menamakannya fungsi Stop, Hold/Follow. Tetapi ia juga dikenali sebagai EPB.

Terdapat paparan instrumen 7 inci
Paparan skrin Perodua Alza

Sama seperti Ativa, Aruz mendapat paparan instrumen (instrument display) LCD TFT 7 inci, walaupun ia hanya dipasang pada model H dan AV. Alza seperti akan mempunyai reka bentuk yang serupa dengan susun atur yang customizable dan novel disc-shaped rev counter. Seperti Ativa, skrin Alza turut menawarkan sistem peringatan (reminder).

Advertisement

Lampu hadapan Matrix LED dilengkapi dengan Adaptive Driving Beam
Pandangan hadapan Perodua Alza

Kedua-dua model H and AV menawarkan lampu hadapan matrix LED yang menggunakan diod untuk memancarkan lampu tinggi (high beam). Ini membolehkan fungsi Adaptive Driving Beam (ADB), yang menggunakan kamera cemrin depan untuk mengesan kenderaan dari hadapan lalu mematikan LED tersebut. Ciri ini juga pertama dikenalkan pada Ativa.

Terdapat front dash cam
Dash cam Perodua Alza

Seperti Ativa dan Myvi, Alza ditawarkan dengan driving video recorder (DVR), lebih dikenali sebagai cam dash. Ini hanya ditawarkan pada varian AV yang mendahului,. Seperti model lain, unit ini harus menyokong sehingga resolusi sebanyak 1440p.

Keluaran kereta berpatutan di pasaran
Keluasan Perodua Alza

Keluaran baharu Perodua Alza ini mempunyai tiga varian iaitu, X, H dan AV yang setiap daripadanya memiliki keunikan tersendiri. Bagaimanapun, yang membuatkan Alza generasi kedua ini hebat adalah harga yang ditawarkan oleh Perodua jauh lebih murah berbanding kereta-kereta lain yang memiliki ciri-ciri menarik sedemikian.

Sumber : Soya Cincau

Advertisement

 

 

Otomobil

PERODUA kekal harga kereta walau kos pengeluaran meningkat

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak akan menaikkan harga jualan kenderaan walaupun berdepan dengan lonjakan luar biasa kos pengeluaran.

Wartawan TMT

Published

on

PERODUA kekal harga kereta walau kos pengeluaran meningkat
Foto: Logo Perodua.
  • Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA ia bagi memastikan pelanggan masih dapat menikmati harga jualan kenderaan yang sama selain terus memperkasakan ekosistem vendor.

KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) tidak akan menaikkan harga jualan kenderaan walaupun berdepan dengan lonjakan luar biasa kos pengeluaran.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata sebagai pengeluar kenderaan nasional, kumpulan akan menampung peningkatan kos pengeluaran melalui pelbagai langkah yang dilaksanakan.

Beliau berkata, ia bagi memastikan pelanggan masih dapat menikmati harga jualan kenderaan yang sama selain terus memperkasakan ekosistem vendor.

Katanya, PERODUA turut memberi tumpuan utama dalam menyokong pemerkasaan ekosistem automotif negara dan kelangsungan operasi vendor.

“Vendor menjadi ekosistem penting dalam memastikan industri automotif negara kekal berdaya saing walaupun berdepan dengan pelbagai krisis termasuk peningkatan harga bahan mentah.

“Justeru, PERODUA sentiasa memastikan ekosistem ini sentiasa terjaga termasuk melaksanakan langkah transformasi dengan pelbagai pihak seperti Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran Program Ekosistem Transformas Digital MIDA-PERODUA di sini, hari ini.

Advertisement

Sumber : Berita Harian

Teruskan Membaca
Advertisement

Kata Kunci

Advertisement

Trending