Connect with us

Antarabangsa

Tidak tahan dengan penghinaan kasta oleh rakan sekolah, Pelajar Dalit bunuh diri

Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu. 

Wartawan TMT

Published

on

Tidak tahan dengan penghinaan kasta oleh rakan sekolah, Pelajar Dalit bunuh diri
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu, lapor The News Minute. 
  • V Vishnu Kumar, pelajar Kelas 11, yang tergolong dalam komuniti Paria dilaporkan berkawan dengan gadis dari masyarakat Kallar di mana mereka belajar di sekolah sama sehingga kelas 10 dan kekal berhubung walaupun selepas dia berpindah ke sekolah lain untuk pendidikan menengah tinggi. 
  • Marah dengan persahabatan itu, pelajar Kallar lain memberi amaran kepadanya untuk tidak bercakap dengan gadis tersebut.
  • Pada 3 November lalu, Vishnu dipukul dan didera secara lisan dengan kata-kata penghinaan kasta semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh rakan sekolahnya dari komuniti dominan iaitu Kallar. 
  • Kesal dengan insiden itu, pelajar Dalit itu pulang ke rumah di Koppampatti blok Kulathoor dan membunuh diri beberapa jam kemudian. 
  • Komuniti Paria dikategorikan sebagai Kasta Berjadual di Tamil Nadu, manakala Kallar berada di bawah Komuniti Bernama (DNC) dalam kategori Kelas Paling Belakang (MBC) di negeri itu.

Seorang remaja lelaki Dalit berusia 16 tahun membunuh diri selepas diserang rakan sekolahnya kerana bercakap dengan gadis kasta Hindu berbeza dalam satu lagi insiden kekejaman kasta di Tamil Nadu. 

Aktivis menggesa polis negeri menyiasat dan menahan pelaku yang terlibat dalam jenayah itu dan mengisytiharkan Pudukottai sebagai kawasan terdedah kepada kekejaman kasta, lapor The News Minute. 

V Vishnu Kumar, pelajar Kelas 11, yang tergolong dalam komuniti Paria dilaporkan berkawan dengan gadis dari masyarakat Kallar di mana mereka belajar di sekolah sama sehingga kelas 10 dan kekal berhubung walaupun selepas dia berpindah ke sekolah lain untuk pendidikan menengah tinggi. 

Marah dengan persahabatan itu, pelajar Kallar lain memberi amaran kepadanya untuk tidak bercakap dengan gadis tersebut.

Pada 3 November lalu, Vishnu dipukul dan didera secara lisan dengan kata-kata penghinaan kasta semasa dalam perjalanan ke sekolah oleh rakan sekolahnya dari komuniti dominan iaitu Kallar. 

Kesal dengan insiden itu, pelajar Dalit itu pulang ke rumahnya di Koppampatti blok Kulathoor dan membunuh diri beberapa jam kemudian. 

Sebelum dia mati kerana membunuh diri, Vishnu memberitahu datuknya apa yang berlaku kepadanya. 

Advertisement

Datuknya berusaha menenangkan Vishnu dan berjanji untuk memfailkan aduan polis terhadap pelaku. 

Komuniti Paria dikategorikan sebagai Kasta Berjadual di Tamil Nadu, manakala Kallar berada di bawah Komuniti Bernama (DNC) dalam kategori Kelas Paling Belakang (MBC) di negeri itu.

Dalit atau Paria dalam sistem kasta masyarakat Hindu di India merujuk kepada individu yang tergolong dalam kelompok paling rendah dalam sistem kasta (malah ada mengatakannya ia di luar sistem kasta) dan diharamkan untuk disentuh atau ‘untouchable’.

Dalit dilarang melakukan pekerjaan, kecuali pekerjaan yang dianggap ‘kotor’ atau ‘tidak bermaruah’ bagi masyarakat kasta tinggi seperti kerja pembersihan, kutip sampah dan buruh binaan.

Sistem kasta di India dilaporkan dimansuhkan pada 1950-an tetapi sistem hieraki sosial berusia 2,000 tahun itu, yang menetapkan kedudukan individu berdasarkan keturunan kelahirannya, masih wujud dalam kehidupan harian masyarakat Hindu di India.

Sumber : The News Minute

Advertisement

Author

Antarabangsa

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam

Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Rejim penjajah Israel berundur dari bahagian utara Gaza – Briged Al-Qassam
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.
  • Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.
  • Pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.
  • “Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.
  • “Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

GAZA: Briged Al-Qassam, sayap tentera Hamas memaklumkan tentera Israel sudah berundur dari bahagian utara Gaza.

Kumpulan pejuang itu menyifatkan operasi rejim zionis sebagai gagal dan mengatakan sebanyak 70 peratus anggota tentera Israel di utara kini sudah tiada.

Dalam serangan bertali arus yang dilancarkan Israel dilihat cubaan untuk mengusir penduduk dari utara wilayah itu ke selatan.

Sementara itu, Hamas mengecam United Kingdom (UK) kerana merancang untuk melancarkan pengawasan melalui udara ke atas Semenanjung Gaza dengan menggelarkan negara itu sebagai rakan dalam perang Israel.

Memetik laporan media Arab, UK yang menjalankan penerbangan pengawasan ke atas Gaza didakwa mahu membantu mengesan tawanan Israel, kata Hamas menerusi satu kenyataan.

Pada Sabtu lalu, Kementerian Pertahanan UK mengesahkan bahawa tenteranya melakukan penerbangan pengawasan ke atas Gaza.

Dalam pada itu, pegawai Hamas, Osama Hamdan, yang berpangkalan di Lubnan mendedahkan Israel cuba memancing orang awam Gaza ke selatan untuk memerangkap dan membunuh mereka di kawasan itu.

Advertisement

“Jelas bahawa dakwaan pendudukan, mengenai kewujudan kawasan selamat di selatan Semenanjung Gaza dan desakan berterusan untuk rakyat pergi ke sana adalah satu rancangan serta perangkap yang dirancang.

“Ia untuk melakukan lebih banyak pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam yang tidak bersenjata serta orang yang dipindahkan ke selatan,” katanya seperti dilaporkan Al Jazeera.

Tentera Israel turut mengarahkan rakyat Palestin mengosongkan beberapa kawasan di dalam dan sekitar bandar Khan Younis.

Selain itu, rejim Zionis juga menyiarkan peta yang menunjukkan tempat perlindungan yang perlu dituju oleh rakyat Palestin dari Khan Younis sehingga ke selatan iaitu di Rafah bersempadan dengan Mesir.

Ramai penduduk Gaza mendakwa kawasan yang mereka dipaksa untuk pergi turut diserang. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending