Connect with us

Antarabangsa

Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu

Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini.

Wartawan TMT

Published

on

Afrika Selatan gesa ICC keluar waran tangkap terhadap Netanyahu
Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Kerajaan Afrika Selatan gesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) keluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini. 
  • Menurut Menteri tanpa portfolio negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, jika ICC tidak berbuat demikian, maka ia menggambarkan ‘kegagalan sepenuhnya’ mahkamah itu bagi menangani isu global. 
  • Ntshavheni menegaskan, ternyata jelas matlamat kerajaan Israel adalah untuk ‘menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu’. 

PRETORIA: Kerajaan Afrika Selatan menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menjelang pertengahan Disember ini.

Menurut Menteri tanpa portfolio negara itu, Khumbudzo Ntshavheni, jika ICC tidak berbuat demikian, maka ia menggambarkan ‘kegagalan sepenuhnya’ mahkamah itu bagi menangani isu global.

“Dunia tidak boleh terus berpeluk tubuh dan melihat (kezaliman) regim zionis terhadap penduduk Palestin,” tegas beliau.

Israel mendakwa mereka hanya mempertahankan diri mereka sejak serangan yang dimulakan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu menyebabkan 1,200 rakyatnya terkorban, selain 240 lagi menjadi tebusan pasukan pejuang Palestin itu.

Walaupun tentera Israel mendakwa akan berusaha mengurangkan jumlah kematian orang awam, hakikatnya paling ramai yang terkorban adalah kanak-kanak dan wanita.

Ntshavheni menegaskan, ternyata jelas matlamat kerajaan Israel adalah untuk ‘menghapuskan rakyat Palestin di Gaza dan menakluk wilayah itu’.

Afrika Selatan bersama-sama negara lain seperti Bangladesh, Bolivia, Comoros dan Djibouti sudah mengemukakan permohonan kepada ICC untuk membuka siasatan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Advertisement

Afrika Selatan juga mengumumkan keputusan memanggil semula diplomatnya di Israel dan mencadangkan kedudukan Duta Israel di Pretoria sudah seperti ‘sukar dipertahankan atau dikekalkan’ ekoran tekanan yang dikenakan. – AGENSI

Sumber: Berita Harian

Author

Antarabangsa

Lelaki Israel rayu Netanyahu terima, kebumi jasad keluarganya terbunuh di Gaza

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Tawanan Israel, Yarden Peepas.
  • Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim Israel.
  • Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.
  • “Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.
  • Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.
  • Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

Briged al-Qassam menyiarkan video seorang tawanan Israel merayu Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk mengambil jasad isteri dan dua anaknya yang terkorban di Gaza disebabkan pengeboman rejim zionis Israel.

Video yang turut disiarkan saluran Telegram Shehab News itu menunjukkan tawanan Israel, Yarden Peepas, bercakap dengan pantas dan sebak menyampaikan mesejnya kepada Netanyahu.

“Kamu mengebom dan membunuh isteri serta kedua anak saya, yang merupakan perkara paling penting dalam hidup saya, tolong (ambil) pulang jasad mereka untuk dikebumikan di Tel Aviv,” katanya.

Menurut Roya News, Hamas sebelum ini menawarkan untuk menyerah tiga jasad ahli keluarga Yarden itu untuk dibawa keluar dari Gaza.

Tetapi kerajaan negara haram Israel menolak untuk menerima tawaran itu dan meneruskan rundingan, demikian kenyataan rasmi Briged al-Qassam.

The Times Of Israel melaporkan kononnya kumpulan pembebasan Palestin, Hamas membuat dakwaan itu yang menurut mereka sebahagian kempen peperangan psikologi. – The Merdeka Times

Sumber: Shehab News, Roya News, The Times Of Israel

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending