Connect with us

Antarabangsa

550 pesakit terbiar tanpa rawatan di Hospital Indonesia akibat kepungan rejim Israel

Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.
  • Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Munir al Borsh berkata, 550 pesakit yang terperangkap di dalam hospital itu sukar mendapatkan sebarang rawatan kerana kepungan tentera Israel masih berterusan.
  • Tentera Israel dilaporkan turut menembak sesiapa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu, manakala bekalan elektrik terputus sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

BANDAR GAZA – Sekurang-kurangnya 550 pesakit terbiar tanpa menerima rawatan di Hospital Indonesia, utara Gaza semalam, lapor laman berita Middle East Eye.

Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, Dr Munir al Borsh berkata, 550 pesakit yang terperangkap di dalam hospital itu sukar mendapatkan sebarang rawatan kerana kepungan oleh tentera Israel masih berterusan.

Munir memberitahu perkembangan itu kepada stesen televisyen Al Jazeera Arabic ketika kereta-kereta kebal tentera Rejim Zionis terus mengepung hospital tersebut.

“Terdapat ramai pesakit yang cedera di dalam (hospital) tanpa mempunyai peralatan mencukupi untuk membantu mereka,” tambahnya.

Tentera Israel dilaporkan turut menembak sesiapa sahaja yang bergerak di dalam hospital itu, manakala bekalan elektrik telah terputus sepenuhnya sejak beberapa hari lalu.

Kira-kira 200 pesakit telah pun dipindahkan ke Hospital al-Nasser, manakala semua hospital di utara Gaza kini tidak lagi beroperasi.

“Tiada perkhidmatan perubatan atau bantuan kepada sesiapa pun di utara Gaza sekarang,” kata jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Ashraf al-Qudra. – AGENSI

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending