Terkini
MP Melayu diam isu sekolah Cina, takut hilang undi dan kuasa? – Ridhuan Tee
“Kenapa semua Ahli Parlimen Melayu PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) senyap sepi dalam isu Sekolah Cina menanam benih perkauman dan penghalang integrasi nasional? Adakah kamu takut kehilangan undi dan kuasa?” demikian pertanyaan Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
- Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata hingga hari ini tiada seorang pun Ahli Parlimen Melayu, terutama dari PN dan BN, tampil mempertahankan atau membela Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyatakan sekolah vernakular atau sekolah Cina antara punca masalah integrasi kaum atau menanam benih perkauman, sedangkan semua tahu kenyataan beliau adalah kebenaran.
- “Sampai hati kamu semua membiarkan seorang profesor Cina, bercakap soal pendidikan Cina, terkontang-kanting seorang diri, sedangkan, sejarawan Cina seperti mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan saya sendiri telah bercakap lama tentang persoalan dan isu besar negara ini.
- “Kenyataan ini sudah terbukti kebenarannya. Kajian demi kajian telah dibuat. Anak-anak Cina ini tidak bergaul. Komunikasi bahasa Melayu mereka, maaf cakap zero, sangat menyedihkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
- Ridhuan Tee berkata Kok Seong langsung tidak rasis seperti didakwa ramai ultra kiasu yang menyerang beliau dalam dan luar Parlimen.
- Ini kerana Kok Seong berbangsa Cina yang membangkitkan isu pendidikan Cina dan berkaitan masalah bangsanya sendiri, justeru tiada unsur rasis dalam hal berkenaan, kecuali jika Kok Seong berbangsa Melayu dan kenyataan sebegitu dikeluarkan individu Melayu.
KUALA LUMPUR — “Kenapa semua Ahli Parlimen Melayu PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) senyap sepi dalam isu Sekolah Cina menanam benih perkauman dan penghalang integrasi nasional? Adakah kamu takut kehilangan undi dan kuasa?” demikian pertanyaan Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.
Ridhuan Tee berkata hingga hari ini tiada seorang pun Ahli Parlimen Melayu, terutama dari PN dan BN, tampil mempertahankan atau membela Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyatakan sekolah vernakular atau sekolah Cina antara punca masalah integrasi kaum atau menanam benih perkauman, sedangkan semua tahu kenyataan beliau adalah kebenaran.
“Sampai hati kamu semua membiarkan seorang profesor Cina, bercakap soal pendidikan Cina, terkontang-kanting seorang diri, sedangkan, sejarawan Cina seperti mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan saya sendiri telah bercakap lama tentang persoalan dan isu besar negara ini.
“Kenyataan ini sudah terbukti kebenarannya. Kajian demi kajian telah dibuat. Anak-anak Cina ini tidak bergaul. Komunikasi bahasa Melayu mereka, maaf cakap zero, sangat menyedihkan.
“Ramai yang gagal bahasa Melayu pada tahap terlalu rendah berbanding dengan sekolah kebangsaan, masuk sekolah menengah tidak bergaul, sehingga ke institusi pengajian tinggi. Polarisasi sangat ketara. Itu baru satu bukti, belum bukti yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Ridhuan Tee berkata Kok Seong langsung tidak rasis seperti didakwa ramai ultra kiasu yang menyerang beliau di dalam dan luar Parlimen.
Ini kerana Kok Seong berbangsa Cina yang membangkitkan isu pendidikan Cina dan berkaitan masalah bangsanya sendiri, justeru tiada unsur rasis dalam hal berkenaan, kecuali jika Kok Seong berbangsa Melayu dan kenyataan sebegitu dikeluarkan individu Melayu.
“Saya bangga dengan Teo, meskipun dikritik kiri dan kanan, Teo Kok Seong mempertahankan kenyataannya bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi punca perpecahan kaum di negara ini.
“Tidak cukup dengan itu, Teo turut berkata bahawa orang Cina (tidak semua) turut memandang rendah kepada orang Melayu. Ini pun benar.
“Ultra kiasu di dalam dan di luar Parlimen, mahukan Teo dikenakan tindakan, kerana menghasut. Peliknya, kenapa pemimpin-pemimpin PN dan Melayu diluar sana mendiamkan diri? Apa sudah jadi? Telur kamu di mana? Apakah kerana politik, takut kehilangan undi?,” katanya.
Bersedia mempertahankan kenyataan Kok Seong, Ridhuan Tee mencabar pemimpin ultra kiasu bersemuka dan mengadakan perbincangan secara akademik berkenaan kenyataan Kok Seong jika ada yang mahukan bukti.
“Mari kita sama-sama wacanakan atau forumkan, panggil juga Ahli Parlimen ultra kiasu itu dan Dong Zong dan Jiao Zong. Jangan banyak soal dan banyak cakap lagi. Saya bersedia, bersama Profesor Teo Kok Seong.
“Saya cukup kecewa dengan Ahli Parlimen PN dan BN terutamanya, jangan kamu diam kerana takut kehilangan undi dan kuasa. Itu bacul dan pondan namanya,” katanya.
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Kok Seong menafikan dakwaan Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina memandang rendah kepada bangsa Melayu.
Kok Seong berkata apa dikatakan beliau sebelum ini berhubung bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.
Beliau turut mengakui mempunyai segala bukti seperti apa dinyatakan berhubung isu tersebut.
Malah, laporan polis juga telah dibuat tahun lalu berkaitan satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu.
Kok Seong sebelum ini mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.
Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times