Connect with us

Terkini

(VIDEO) Penubuhan sekolah vernakular tidak boleh atasi sekolah kebangsaan, perlu dihadkan — Kok Seong

Penubuhan sekolah vernakular yang hanya merupakan aliran sampingan di negara ini, tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan negara.

Hidayah Sani

Published

on

Penubuhan sekolah vernakular tidak boleh atasi sekolah kebangsaan, perlu dihadkan — Kok Seong
Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong.
  • “Sekolah vernakular ini adalah aliran sampingan, jadi bila sampingan ia tidak begitu penting. Jadi kalau perkembangannya ia tidak boleh sesekali mengatasi sekolah kebangsaan, sekolah utama, aliran utama, itulah sebabnya ia perlu dikawal,” kata Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.
  • Kok Seong berkata berikutan anak-anak berbangsa Cina ini hanya tahu berbahasa ibunda, maka mereka sukar bergaul dengan bangsa lain, sebaliknya hanya bergaul sesama bangsa.
  • “Jadi masalahnya mereka hidup dalam dunia Cina di Malaysia ini dan dunia Cina itulah menjadi penghalang kepada perpaduan yang Agong (Sultan Ibrahim) kata mereka tidak mengetahui budaya kaum lain,” katanya.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan peguam kanan, Hanif Khatri yang dilaporkan menyeru kerajaan untuk sekurang-kurangnya tidak membuka lebih banyak sekolah vernakular menggunakan bahasa pengantar selain bahasa Melayu mulai sekarang.
  • Komen itu susulan titah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin yang menzahirkan kebimbangan besar baginda, antaranya tentang isu perpaduan antara kaum yang belum sempurna walaupun negara ini sudah merdeka lebih 60 tahun. 
  • “Mereka (orang Cina) tidak pandang tinggi, mereka pandang hina kepada orang Melayu, mereka mendapati orang Melayu adalah bangsa tak berkebolehan, tak pandai, tak bijak seperti mereka, malas  dan sebagainya. 
  • “Jadi mereka tidak mahu berintegrasi ke dalam kelompok orang Melayu sebab mereka tidak yakin sebab mereka pandang rendah,” kata Kok Seong.

KUALA LUMPUR — Penubuhan sekolah vernakular yang hanya merupakan aliran sampingan di negara ini, tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama dan ‘maruah’ bagi sistem pendidikan negara.

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkata penubuhan sekolah itu sewajarnya dihadkan dan ia tidak boleh berkembang dengan sewenang-wenangnya sebagaimana berlaku sekarang.

Kok Seong berkata Malaysia ketika ini mempunyai kira-kira 1,300 sekolah vernakular Cina dan 600 sekolah vernakular Tamil di mana peningkatan itu berlaku apabila Seksyen 21 dalam Akta Pendidikan 1996 (pindaan daripada 1961) dimansuhkan.

Katanya, seksyen itu sebelum ini memberi kuasa kepada Menteri Pendidikan untuk menutup mana-mana sekolah vernakular di negara ini.

“Sekolah vernakular ini adalah aliran sampingan, jadi bila sampingan ia tidak begitu penting. Jadi kalau perkembangannya ia tidak boleh sesekali mengatasi sekolah kebangsaan, sekolah utama, aliran utama, itulah sebabnya ia perlu dikawal. 

“Memang sekolah vernakular ini, boleh dikatakan menghalang perpaduan negara, perpaduan kaum. Sebabnya begini, di sekolah vernakular Cina itu, ada anak-anak Cina ini yang sederhana cerdik jadi mereka ini walaupun diajar tiga bahasa.

“Bahasa ibunda mereka, bahasa Inggeris, bahasa Melayu sebagai bahasa negara mereka, rata-ratanya hanya menguasai bahasa ibunda sahaja walaupun diajar bahasa Melayu dan bahasa Inggeris jadi mereka tak dapat kuasai yang dua itu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini, hari ini.

Kok Seong berkata berikutan anak-anak berbangsa Cina ini hanya tahu berbahasa ibunda, maka mereka sukar bergaul dengan bangsa lain, sebaliknya hanya bergaul sesama bangsa.

“Jadi masalahnya mereka hidup dalam dunia Cina di Malaysia ini dan dunia Cina itulah menjadi penghalang kepada perpaduan yang Agong (Sultan Ibrahim) kata mereka tidak mengetahui budaya kaum lain. 

“Mereka hanya tahu budaya kaum sendiri sebab tak bergaul, nak bergaul macam mana? Tak pandai bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris. Tak boleh bergaul dengan bangsa-bangsa lain bukan Cina, India dan Melayu.

“Nak baca pun tak boleh baca dalam bahasa Melayu dan Inggeris, baca dalam bahasa Cina sahaja. Menonton televisyen pun dalam bahasa Cina sahaja, lebih dahsyat lagi rancangan-rancangan import, tidak ada aspirasi nasional, itulah sebabnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas saranan peguam kanan, Hanif Khatri yang dilaporkan menyeru kerajaan untuk sekurang-kurangnya tidak membuka lebih banyak sekolah vernakular menggunakan bahasa pengantar selain bahasa Melayu mulai sekarang.

Komen itu susulan titah Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Isnin yang menzahirkan kebimbangan besar baginda, antaranya tentang isu perpaduan antara kaum yang belum sempurna walaupun negara ini sudah merdeka lebih 60 tahun. 

Baginda juga mengambil maklum memang terdapat segelintir rakyat dari generasi hari ini belum mampu bertutur dalam bahasa Melayu dan gagal menghargai kepelbagaian budaya kaum lain.

Mengulas berkenaan punca utama perpaduan antara kaum masih tidak sempurna hari ini, Kok Seong berkata ia kerana majoriti masyarakat bukan Melayu, terutama Cina enggan berintegrasi dalam struktur sosial Melayu sedangkan bangsa itu merupakan kaum dominan dan majoriti di negara ini.

“(Kaum Cina) Mereka pandang rendah kepada orang Melayu, itulah jawapan ikhlasnya. 

“Mereka tidak pandang tinggi, mereka pandang hina kepada orang Melayu, mereka mendapati orang Melayu adalah bangsa yang tak berkebolehan, tak pandai, tak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya. 

“Jadi mereka tidak mahu berintegrasi ke dalam kelompok orang Melayu sebab mereka tidak yakin sebab mereka pandang rendah,” kata Kok Seong.

Kok Seong berkata bagi menyelesaikan permasalahan itu kelompok Melayu perlu bangkit dan menjadi bangsa yang maju tanpa ‘tongkat’ atau bantuan kerajaan, sebagaimana ada segelintir daripada mereka yang berhijrah ke luar negara dan mampu berjaya walaupun tanpa bantuan kerajaan Malaysia ataupun kerajaan di sana.

“Jadi dengan orang Melayu maju, kalau boleh tanpa tongkat, bantuan daripada kerajaan, orang Cina akan pandang tinggi… lihat orang Melayu sebagai bangsa yang berkebolehan dan selepas mereka hormat kepada orang Melayu perpaduan akan menjadi, menyusul dengan semula jadi, tak perlu paksa-paksa lagi, sebab mereka pandang tinggi, mereka hormat. 

“Maka mereka akan berintegrasi ke dalam struktur sosial Melayu, akan belajar bahasa Melayu secara integrasi sebab mereka lihat orang Melayu bangsa yang berkebolehan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kenyataan ekonomi terjejas akibat gerakan boikot tidak tepat — Pengerusi BDS Malaysia

Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail.
  • Pengerusi BDS Malaysia, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata kenyataan itu tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain serta peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.
  • Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.
  • Katanya, terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.
  • “Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

KUALA LUMPUR — Pengerusi Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia menyifatkan dakwaan mengatakan ekonomi akan terjejas berikutan gerakan boikot dijalankan ketika ini adalah tidak tepat.

Pengerusinya, Profesor Dr Mohd Nazari Ismail berkata ia tidak tepat kerana mereka yang tidak membeli minuman dan makanan di kedai diboikot akan membuat perbelanjaan di kedai lain.

Selain itu, peluang pekerjaan juga akan bertambah di syarikat lain yang tidak terbabit secara langsung dengan Israel, atau ia mengutuk kezaliman Israel secara terbuka.

“Bukan susah untuk kutuk kezaliman Israel. Saya pun hairan kenapa ada syarikat yang masih enggan lakukan benda yang baik ini.

“Jika mereka kutuk kezaliman Israel secara jelas dan terbuka, saya yakin pengguna akan pergi balik ke kedai mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas ciapan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di platform X pada Khamis yang menyatakan pekerja tempatan sedang menanggung sengsara akibat boikot dimainkan pihak tidak bertanggungjawab.

Kor Ming yang juga Naib Pengerusi DAP turut memuat naik tangkap layar artikel berita Cina bertajuk, ‘Gelombang boikot menyebabkan pekerja KFC dipotong gaji, pendapatan bulanan pasangan RM600 untuk menyara 3 anak’.

Foto: Tangkap layar ciapan Nga Kor Ming.

Mengulas lanjut, Mohd Nazari tidak menafikan dalam jangka pendek pekerja di syarikat diboikot akan terjejas susulan gerakan itu, namun ia hanya masalah bersifat sementara kerana dalam jangka panjang kelompok berkenaan boleh bekerja di syarikat pilihan baru pengguna yang akan berkembang.

Malah, katanya terdapat banyak restoran tempatan dimaklumkan kepada beliau sedang berkembang dan menjadi lebih maju, susulan boikot ke atas syarikat francais asing seperti McDonald’s dan Starbucks.

“Jika pengurusan syarikat terbabit ingin pastikan perniagaan mereka tidak diboikot dan nasib pekerja mereka tidak terjejas, senang sahaja… jangan ada apa-apa kaitan langsung dengan Israel. 

“Keluar dari Israel. Atau keluarkan kenyataan mengutuk kezaliman Israel di Gaza,” kata pengerusi BDS Malaysia. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending