Connect with us

Antarabangsa

Ahli arkeologi temui bandar ‘hilang’ berusia 250 tahun di hutan Amazon

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bandar kolonial yang ‘hilang’
  • Ahli arkeologi menemui bandar kolonial yang ‘hilang’, dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 250 tahun, di hutan hujan Amazon.
  • Bandar dipercayai dibuka pada abad ke-18 itu ditemui di Lembah Upano yang terletak di kaki bukit timur Andes.
  • Pengarah Muzium Arkeologi dan Etnografi di Universiti São Paulo yang juga ketua penyelidikan, Eduardo Neves berkata bandar itu adalah penempatan Portugis yang muncul pada beberapa peta dengan lokasi sebenar tidak diketahui. 
  • “Ia telah ditinggalkan, hutan mengambil alih dan bongkah batu telah dikeluarkan. Kami dapat mengenal pasti susun atur jalan di bandar ini, yang juga merupakan penemuan yang menarik,” kata Neves dalam laporan media Brazil Metropoles.
  • Bandar itu dilaporkan tersembunyi selama ratusan tahun oleh tumbuh-tumbuhan subur dan penemuannya menawarkan perspektif baharu tentang sejarah orang yang tinggal di Amazon.

Ahli arkeologi menemui bandar kolonial yang ‘hilang’, dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 250 tahun, di hutan hujan Amazon.

Bandar dipercayai dibuka pada abad ke-18 itu ditemui di Lembah Upano yang terletak di kaki bukit timur Andes.

Pengarah Muzium Arkeologi dan Etnografi di Universiti São Paulo yang juga ketua penyelidikan, Eduardo Neves berkata bandar itu adalah penempatan Portugis yang muncul pada beberapa peta dengan lokasi sebenar tidak diketahui. 

“Ia telah ditinggalkan, hutan mengambil alih dan bongkah batu telah dikeluarkan.

“Kami dapat mengenal pasti susun atur jalan di bandar ini, yang juga merupakan penemuan yang menarik,” kata Neves dalam laporan media Brazil Metropoles dipetik Express.co.uk, baru-baru ini.

Bandar itu dilaporkan tersembunyi selama ratusan tahun oleh tumbuh-tumbuhan subur dan penemuannya menawarkan perspektif baharu tentang sejarah orang yang tinggal di Amazon.

Pengarah penyiasatan Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan, Profesor Stephen Rostain berkata bandar itu “lebih tua daripada mana-mana tapak lain yang kami ketahui di Amazon”.

“Kami mempunyai pandangan Eurocentric tentang tamadun, tetapi ini menunjukkan kami perlu mengubah idea kami tentang apa itu budaya dan tamadun,” kata Rostain. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *