Terkini
PKR akan ‘lenyap’ selepas era Anwar? – Rafizi
- Rafizi yang juga pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) berkata, fokus PKR kini terlalu berpaksikan kepada kelangsungan politik Anwar semata-mata.
- “Sebab keseluruhan fokus PKR ialah untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri untuk penggal kedua.
- “Kalau tengok kepada lapisan kepimpinan seterusnya, pandangan saya sebagai bekas timbalan presiden dan sekarang ini sebagai pesaing, ada percanggahan yang besar contohnya di antara Bersama dengan PKR,” katanya.
KUALA LUMPUR – PKR diramal menghadapi risiko besar untuk lenyap selepas era Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya parti itu terus mengekalkan struktur birokratik lama dan gagal melakukan pembaharuan, kata bekas Timbalan Presidennya, Datuk Seri Rafizi Ramli.
Rafizi yang juga pemimpin Parti Bersama Malaysia (Bersama) berkata, fokus PKR kini terlalu berpaksikan kepada kelangsungan politik Anwar semata-mata.
“Sebab keseluruhan fokus PKR ialah untuk memastikan Anwar menjadi perdana menteri untuk penggal kedua.
“Kalau tengok kepada lapisan kepimpinan seterusnya, pandangan saya sebagai bekas timbalan presiden dan sekarang ini sebagai pesaing, ada percanggahan yang besar contohnya di antara Bersama dengan PKR,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas siri kedua majlis Jelajah Kancil, di Ayer Keroh, Melaka malam tadi seperti dilaporkan portal berita, Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Rafizi mendakwa PKR kini terpaksa bergantung kepada barisan kepimpinan lama ekoran ketiadaan pelan penggantian yang jelas bagi menarik minat golongan muda.
Beliau juga menamakan beberapa tokoh kanan parti itu yang kembali diketengahkan bagi mengisi jawatan penting.
“PKR dia terbalik. Dia sebenarnya terpaksa melantik balik yang lama-lama. Terbaru, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, Datuk Seri Saifuddin Nasution dilantik sebagai naib presiden., dan juga bila naratif dan strategi itu berkisar kepada Anwar semata-mata, risiko itu besar kalau contohnya dia tidak menjadi perdana menteri selepas ini.
“Kalau contohnya dia masih lagi nak kekal menerajui PKR oleh kerana vakum itu tidak boleh diisi, maka tawaran dia itu lebih lemah kepada pengundi daripada tawaran pesaing-pesaing,” katanya.
Menurut Rafizi, strategi meletakkan 100 peratus masa depan parti bersandarkan kepada Anwar untuk penggal kedua adalah langkah politik yang amat berisiko kerana tempoh tersebut mempunyai had masa yang tersendiri.
“Dia tak ada pembaharuan. Dia kalau sebelum ini tawaran kepada rakyat ialah kita nak tengok Anwar menjadi perdana menteri. Sekarang dah jadi perdana menteri, jadi kenapa ada lagi?
“Jadi strategik, naratif yang menumpukan 100 peratus masa depan PKR itu kepada Anwar menjadi perdana menteri penggal kedua sebenarnya adalah cukup berisiko.
“Kalau menang, tak apa, Tapi, itu hanya lanjutan tambahan hayat sebab satu penggal ya, lepas tu tak boleh dah. Dan apa yang akan berlaku selepas itu?” soalnya. – The Merdeka Times