Connect with us

Terkini

Yoga berasal daripada ajaran Hindu – Persatuan Sukan Yoga Malaysia

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Profesor Lingham Pillai Doraisamy
  • Presiden Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA), Profesor Lingham Pillai Doraisamy berkata beliau sebagai seorang penganut agama Hindu memahami bahawa asal-usul atau amalan asli melibatkan pengerakan tubuh dan minda iaitu yoga adalah daripada ajaran agama itu.
  • “Yoga berasal daripada ajaran Hindu, dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan, termasuk dalam konteks sukan yoga kerana gerakan-gerakannya juga berasal daripada yoga yang merupakan sebahagian daripada ajaran Hindu.
  • “Ada fatwa tentang ini yang telah dikeluarkan pada tahun 2008 bahawa umat Islam di larang mengamalkan yoga…. Ini bermakna umat Islam tidak dibenarkan untuk mengamalkan yoga.
  • “Saya bersetuju dan menyokong sepenuhnya fatwa ini. Kenapa? Kerana ia berkait dengan akidah dan hukum Islam, iaitu perkara yang sangat sensitif dan melibatkan hal agama yang perlu dihormati dan diperkasakan,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) di sini pada Khamis.

KUALA LUMPUR — Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA) mengingatkan jurulatih yoga, pusat yoga, studio yoga dan jurulatih bebas yang mengajar di gimnasium bahawa mereka tidak dibenarkan mengajar, mempromosi atau menggalakkan umat Islam mengamalkan yoga di Malaysia.

Kelompok Muslim pula diminta supaya tidak menyertai amalan yoga demi menghormati dan menegakkan fatwa di Malaysia (Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-83 telah memutuskan bahawa senaman Yoga dalam kalangan umat Islam adalah dilarang di negara ini).

Presiden MYSA, Profesor Lingham Pillai Doraisamy berkata beliau sebagai seorang penganut agama Hindu memahami bahawa asal-usul atau amalan asli melibatkan pengerakan tubuh dan minda iaitu yoga adalah daripada ajaran agama itu.

“Yoga berasal daripada ajaran Hindu, dan ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan, termasuk dalam konteks sukan yoga kerana gerakan-gerakannya juga berasal daripada yoga yang merupakan sebahagian daripada ajaran Hindu.

“Ada fatwa tentang ini yang telah dikeluarkan pada tahun 2008 bahawa umat Islam di larang mengamalkan yoga…. Ini bermakna umat Islam tidak dibenarkan untuk mengamalkan yoga.

“Saya bersetuju dan menyokong sepenuhnya fatwa ini. Kenapa? Kerana ia berkait dengan akidah dan hukum Islam, iaitu perkara yang sangat sensitif dan melibatkan hal agama yang perlu dihormati dan diperkasakan,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) di sini pada Khamis.

Lingham berkata, sebagai rakyat Malaysia beragama Hindu, kelompok mereka perlu menghormati undang-undang di negara ini dan fatwa yang dikuatkuasakan di Malaysia.

Beliau berharap supaya semua pihak dapat memahami dan menghormati perkara itu.

Mengulas tentang mengapa beliau sebagai seorang Hindu membangkitkan isu berkaitan Muslim, Lingham berkata ini kerana beliau mempunyai ‘duty of care’ atau memikul tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat memandangkan beliau merupakan Presiden MYSA dan Badan Induk Kebangsaan bagi sukan yoga yang diiktiraf Akta 576 (Akta Pembangunan Sukan 1997). — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *