Agama
Persatuan Sukan Yoga beri peringatan, Muslim dilarang senaman yoga
- Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA) mengingatkan kelompok Muslim bahawa senaman Yoga dalam kalangan umat Islam adalah dilarang di negara ini.
- MYSA berkata peringatan itu diberikan berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-83.
- Difahamkan, persatuan itu turut memetik kenyataan laman sesawang e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF) bertajuk, ‘Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam’ yang antara lain mengingatkan masyarakat Islam wajib berhati-hati dalam memelihara akidah mereka agar tidak tergugat.
- Kelompok Muslim di Malaysia juga diingatkan supaya berwaspada daripada mengamalkan senaman Yoga yang boleh menghakis akidah seorang Muslim.
- “Sila ambil serius Pesanan Kesedaran Awam Negara ini. Kita di Malaysia perlu menghormati sensitiviti hukum Islam dan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kebangsaan dan JAKIM,” kata MYSA menerusi hantaran di Facebook pada 23 April lalu.
KUALA LUMPUR — Persatuan Sukan Yoga Malaysia (MYSA) mengingatkan kelompok Muslim bahawa senaman Yoga dalam kalangan umat Islam adalah dilarang di negara ini.
MYSA berkata peringatan itu diberikan berdasarkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-83.
Difahamkan, persatuan itu turut memetik kenyataan laman sesawang e-Sumber Maklumat Fatwa (e-SMAF) bertajuk, ‘Kedudukan Senaman Yoga Di Kalangan Umat Islam’ yang antara lain mengingatkan masyarakat Islam wajib berhati-hati dalam memelihara akidah mereka agar tidak tergugat.
Kelompok Muslim di Malaysia juga diingatkan supaya berwaspada daripada mengamalkan senaman Yoga yang boleh menghakis akidah seorang Muslim.
“Oleh itu, kami ingin menegaskan bahawa amalan Yoga oleh umat Islam di Malaysia adalah haram.
“Sila ambil serius Pesanan Kesedaran Awam Negara ini. Kita di Malaysia perlu menghormati sensitiviti hukum Islam dan keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Kebangsaan dan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia),” kata MYSA menerusi hantaran di Facebook pada 23 April lalu. — The Merdeka Times