Agama
Perkasa kelompok muda ikut cara Rasulullah SAW
- Pengasas dan Pengarah Imam Development Program, Sheikh Bilal Ismail menerusi Konvensyen The Straight Path Convention (TSP) ke-10 “PROPHETIC LEGACY: Empowering Next Gen” di sini hari ini mengetengahkan cara memperkasakan kelompok muda mengikut cara Rasulullah SAW dengan perkongsian kisah para sahabat.
- Antaranya berkenaan kisah tentang bagaimana kesan tindakan Rasulullah SAW melontarkan perkataan-perkataan yang baik kepada seorang kanak-kanak yang membina keyakinan dalam diri kanak-kanak itu.
- Sheikh Bilal berceritakan tentang Abdullah Ibn Abbas seorang kanak-kanak yang apabila beliau dewasa didatangi ramai orang untuk menimba ilmu dan bertanyakan bagaimana beliau boleh menjadi seorang tokoh besar dalam ilmu pengetahuan walaupun masih muda.
- “Rasulullah SAW pada suatu hari pergi ke tandas. Apabila Baginda keluar, Baginda mendapati seseorang telah meletakkan air untuk wudhuknya dan sebagainya.
- “Nabi SAW mengucapkan terima kasih (kepada Abdullah Ibn Abbas) dan mengucapkan kata-kata yang baik kepadanya (dalam bahasa Arab — Ya Allah, berilah dia pemahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadanya tafsiran Al-Quran). Dan doa itu menjadi kenyataan,” kata Sheikh Bilal semasa sesi ke-9 bertajuk ‘Empowering The Next Generation: The Prophetic Way’ di Konvensyen TSP di Menara Kembar Bank Rakyat di ibu negara.
KUALA LUMPUR — Pengasas dan Pengarah Imam Development Program, Sheikh Bilal Ismail menerusi Konvensyen The Straight Path Convention (TSP) ke-10 “PROPHETIC LEGACY: Empowering Next Gen” di sini hari ini mengetengahkan cara memperkasakan kelompok muda mengikut cara Rasulullah SAW dengan perkongsian kisah para sahabat.
Antaranya berkenaan kisah tentang bagaimana kesan tindakan Rasulullah SAW melontarkan perkataan-perkataan yang baik kepada seorang kanak-kanak yang membina keyakinan dalam diri kanak-kanak itu.
Sheikh Bilal berceritakan tentang Abdullah Ibn Abbas seorang kanak-kanak yang apabila beliau dewasa didatangi ramai orang untuk menimba ilmu dan bertanyakan bagaimana beliau boleh menjadi seorang tokoh besar dalam ilmu pengetahuan walaupun masih muda.
“Rasulullah SAW pada suatu hari pergi ke tandas. Apabila Baginda keluar, Baginda mendapati seseorang telah meletakkan air untuk wudhuknya dan sebagainya.
“Jadi Baginda bertanya, “Siapa yang melakukan ini?” Dan Abdullah Ibn Abbas, anak kecil di sana, dia berkata, “Saya melakukan itu”.
“Nabi SAW mengucapkan terima kasih dan mengucapkan kata-kata yang baik kepadanya. (dalam bahasa Arab — Ya Allah, berilah dia pemahaman dalam agama dan ajarkanlah kepadanya tafsiran Al-Quran). Dan doa itu menjadi kenyataan.
“Apabila mereka bertanya kepadanya, “Abdullah Ibn Abbas, mengapa kamu begitu bijak dan berpengetahuan?” Yang pertama, Rasulullah SAW telah berdoa untukku. Mengapa Baginda berdoa? Kerana aku telah berusaha, dan aku menyediakan air untuk Baginda, dan kata-kata baik dari Rasulullah SAW.
“Dia juga berkata, bahawa dia mempunyai (bahasa Arab — lidah yang sentiasa bertanya dan hati yang sentiasa mencari pengetahuan),” kata Sheikh Bilal semasa sesi ke-9 bertajuk ‘Empowering The Next Generation: The Prophetic Way’ di Konvensyen TSP di Menara Kembar Bank Rakyat di ibu negara.
Sheikh Bilal berkata pada akhirnya kanak-kanak itu menjadi seorang ulama besar dalam Islam, sekali gus menunjukkan bahawa kata-kata baik terlahir daripada Rasulullah SAW membina keyakinan anak muda berkenaan.
“Dan akhirnya, dalam hidupnya, dia menjadi seorang ulama besar dalam Islam. Alhamdulillah, bukan?
“Jadi, kata-kata yang baik, Rasulullah SAW membina keyakinan pemuda ini, seorang budak kecil dan Baginda berdoa untuknya, semoga Allah menjadikanmu seorang yang hebat dalam memahami agama,” katanya.
Konvensyen TSP selama dua hari itu bermula semalam menampilkan beberapa barisan penceramah terkenal di seluruh negara, bertujuan meningkatkan kesedaran umat Islam terhadap keutamaan pendidikan berlandaskan kefahaman dan sudut pandang sahih berteraskan ajaran Nabi Muhammad SAW dalam kalangan generasi muda, menerusi dialog dan perbincangan dinamik serta membuka minda. — The Merdeka Times