Connect with us

Terkini

(VIDEO) Isu sekolah vernakular: Gesaan Teresa Kok supaya PDRM siasat Kok Seong adalah salah – Peguam

Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkaitan kenyataan beliau tentang kaitan sekolah vernakular Cina dengan keretakan perpaduan di negara ini adalah salah.

Hidayah Sani

Published

on

Isu sekolah vernakular: Gesaan Teresa Kok supaya PDRM siasat Kok Seong adalah salah – Peguam
Foto: Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla (kanan).
  • Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkaitan kenyataan beliau tentang kaitan sekolah vernakular Cina dengan keretakan perpaduan di negara ini adalah salah.
  • Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata tidak adil dan tidak betul untuk mana-mana pihak, terutama ahli politik mengatakan mana-mana perbincangan ilmiah dan kenyataan berpandukan kajian fakta berkaitan tergolong di bawah isu 3R (institusi Diraja, agama, bangsa).
  • “Justeru untuk Teresa Kok mencabar pihak PDRM menyiasat Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, atas gesaan beliau pun adalah salah dan tidak berpandukan undang-undang, semata-mata kerana Prof Teo berpendapat melalui penemuan beliau bahawa sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai ciri-ciri yang menyemai benih perkauman. 
  • “Itu adalah pendapat beliau (Kok Seong), pendapat seorang dalam bidang pengajian. Tidak boleh dihalang untuk beliau atau sesiapa sahaja memberi pandangan ilmiah,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Selasa.
  • Beliau mengulas berhubung video diterbitkan media tempatan bertajuk, ‘Kenapa polis tak siasat kenyataan rasis Teo Kok Seong?’-Teresa Kok” memetik ucapan Ahli Parlimen Seputeh itu, antara lain menggesa PDRM menyiasat kenyataan Kok Seong berhubung kaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan memupuk “benih perkauman”.
  • “Teresa Kok tidak boleh terlampau defensive semata-mata kerana beliau mempunyai keturunan Cina, tidak bermakna perlu membela hak sekolah vernakular sekiranya ada asas untuk mengatakan sekolah vernakular menjarakkan, menjauhkan, meretakkan perpaduan,” kata peguam kanan itu.

KUALA LUMPUR —  Tindakan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong berkaitan kenyataan beliau tentang kaitan sekolah vernakular Cina dengan keretakan perpaduan di negara ini adalah salah.

Peguam kanan, Haniff Khatri Abdulla berkata tidak adil dan tidak betul untuk mana-mana pihak, terutama ahli politik mengatakan mana-mana perbincangan ilmiah dan kenyataan berpandukan kajian fakta berkaitan tergolong di bawah isu 3R (institusi Diraja, agama, bangsa).

Katanya, ini kerana sebarang perbincangan isu berkaitan raja, agama dan bangsa bukan automatik dihalang di bawah Akta Hasutan, selagi mana ia berpandukan fakta ilmiah atau untuk memberi cadangan secara konsep perundangan berhubung mana-mana polisi. 

“Mana-mana perbincangan berkaitan 3R dan dalam isu dibangkitkan Teresa Kok ini, berkaitan bangsa, tidak secara automatik dihalang di bawah akta hasutan atau undang-undang Malaysia selagi ia dibangkitkan berpandukan fakta ilmiah mahupun untuk memberi cadangan secara konsep perundangan berkaitan mana-mana polisi. 

“Justeru untuk Teresa Kok mencabar pihak PDRM menyiasat Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong, atas gesaan beliau pun adalah salah dan tidak berpandukan undang-undang, semata-mata kerana Prof Teo berpendapat melalui penemuan beliau bahawa sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina mempunyai ciri-ciri yang menyemai benih perkauman. 

“Itu adalah pendapat beliau (Kok Seong), pendapat seorang dalam bidang pengajian. Tidak boleh dihalang untuk beliau atau sesiapa sahaja memberi pandangan ilmiah,” katanya menerusi klip video di Facebook pada Selasa.

Beliau mengulas berhubung video diterbitkan media tempatan bertajuk, ‘Kenapa polis tak siasat kenyataan rasis Teo Kok Seong?’-Teresa Kok” yang memetik ucapan Ahli Parlimen Seputeh itu, antara lain menggesa PDRM menyiasat kenyataan Kok Seong berhubung kaitan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dengan memupuk “benih perkauman”.

Mengulas lanjut, Haniff berkata pandangan Kok Seong dan mana-mana pakar lain berhubung isu bahasa pengantar di sekolah dan kaitan dengan penanaman benih perkauman adalah wajar untuk dibangkitkan.

Beliau berkata ini kerana pandangan itu untuk disampaikan kepada kerajaan atau pihak penggubal undang-undang iaitu Parlimen supaya mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin negara dengan merujuk dan meneliti polisi sedia ada sama ada ia ingin diubah ataupun tidak.

“Teresa Kok tidak boleh terlampau defensive semata-mata kerana beliau mempunyai keturunan Cina, tidak bermakna perlu membela hak sekolah vernakular sekiranya ada asas untuk mengatakan sekolah vernakular menjarakkan, menjauhkan, meretakkan perpaduan. 

“Biarlah pakar mengkaji, biarlah pakar memberi pendapat sebagai seorang yang dididik di sekolah vernakular Cina tidak bermaksud Teresa Kok adalah pakar dalam bidang itu.

“Sewajibnya beliau tidak buat kenyataan yang mendesak secara licik untuk pihak polis menyiasat seorang dalam bidangnya untuk memberi pendapat,” kata Haniff. 

Beliau berharap semua pihak yang matang dan dianggap matang, terutama pihak politik, tidak secara salah mengatakan sesuatu perkara itu sebagai 3R, walhal ia bukan 3R, tapi isu ilmiah, polisi, telitian dan kajian.

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Kok Seong menafikan dakwaan Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina memandang rendah kepada bangsa Melayu.

Kok Seong berkata apa dikatakan beliau sebelum ini berhubung bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui mempunyai segala bukti seperti apa yang dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah, laporan polis juga telah dibuat pada tahun lalu berkaitan satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending