Connect with us

Terkini

Teresa Kok label Profesor Teo Kok Seong rasis, desak KPT, PDRM ambil tindakan

Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai rasis dan didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN).
  • Ini susulan Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya.
  • Perkara itu menyebabkan mereka enggan mempelajari bahasa Melayu dan berintegrasi dalam masyarakat Melayu.
  • “Kenyataan Profesor Datuk Teo Kok Seong ini memang memutar belitkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina.
  • “Ini adalah hasutan! Kenapakah kenyataan yang rasis dan berputar belit ini tidak disiasat oleh PDRM?,” kata Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok di Dewan Rakyat hari ini.
  • Teresa Kok juga menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi memberi amaran kepada pensyarah-pensyarah yang rasis dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

KUALA LUMPUR — Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok melabel Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong sebagai rasis dan didakwa membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya.

Perkara itu menyebabkan mereka enggan mempelajari bahasa Melayu dan berintegrasi dalam masyarakat Melayu.

Menafikan kesemua kenyataan itu, Teresa Kok gesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang dilihat mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

“Saya dan ramai Ahli Berhormat dalam dewan (Dewan Rakyat) ini belajar di sekolah Cina, kami tidak pernah diajar untuk memandang rendah orang Melayu. 

“Kenyataan Profesor Datuk Teo Kok Seong ini memang memutar belitkan fakta dan melaga-lagakan hubungan di antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina.

“Ini adalah hasutan! Kenapakah kenyataan yang rasis dan berputar belit ini tidak disiasat oleh PDRM?,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Teresa Kok juga menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberi amaran kepada pensyarah-pensyarah yang rasis dalam Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia.

Katanya, ia adalah usaha untuk menjadikan kampus IPT di negara ini sebagai tempat menggalakkan pergaulan dan perpaduan di antara kaum.

Kok Seong pada 28 Februari lalu, ketika diminta The Merdeka Times untuk mengulas berkenaan punca utama perpaduan antara kaum masih tidak sempurna hingga ke hari ini, berkata ia kerana majoriti masyarakat bukan Melayu, terutama Cina enggan berintegrasi dalam struktur sosial Melayu sedangkan bangsa itu merupakan kaum dominan dan majoriti di negara ini.

“(Kaum Cina) Mereka pandang rendah kepada orang Melayu, itulah jawapan ikhlasnya. 

“Mereka tidak pandang tinggi, mereka pandang hina kepada orang Melayu, mereka mendapati orang Melayu adalah bangsa yang tak berkebolehan, tak pandai, tak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya. 

“Jadi mereka tidak mahu berintegrasi ke dalam kelompok orang Melayu sebab mereka tidak yakin sebab mereka pandang rendah,” kata Kok Seong. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *