Connect with us

Terkini

(VIDEO) Isu bangsa Cina pandang hina Melayu: ‘Tiada putar belit fakta, ini hakikat sebenar’ – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong

Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menafikan dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Isu bangsa Cina pandang hina Melayu: ‘Tiada putar belit fakta, ini hakikat sebenar’ – Profesor Datuk Dr Teo Kok Seong
Foto: Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong (kiri) & Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok (kanan).
  • Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menafikan dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.
  • “Tidak ada putar belit fakta bukan nak menghasut, ini hakikat yang sebenarnya, jadi kita  harus tahu perkara sebenarnya untuk kita memahami masalah sekarang dan untuk kita cuba selesaikan masalah-masalah sekarang.
  • “Iyalah sudah tentu mereka tidak mengaku dan mereka akan tanya bukti, buktinya adalah dalam sembang-sembang group Cina sesama Cina dalam WhatsApp. 
  • “Kerajaan boleh access bila-bila sahaja, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) boleh access untuk mengetahui dan saya ada bukti tentang satu group itu dan saya pernah buat laporan SKMM pada tahun lepas waktu Hari Raya Puasa,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Beliau berkata demikian susulan Teresa Kok di Dewan Rakyat hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan rasis.
  • Kok Seong baru-baru ini dalam klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya yang menyebabkan mereka enggan mempelajari bahasa Melayu dan berintegrasi dalam masyarakat Melayu.

KUALA LUMPUR — Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong menafikan dakwaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina.

Kok Seong berkata apa dikatakan beliau sebelum ini berhubung bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah yang timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui bahawa beliau mempunyai segala bukti seperti apa yang dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah laporan polis juga telah dibuat pada tahun lalu terkait satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu. 

“Tidak ada putar belit fakta bukan nak menghasut, ini hakikat yang sebenarnya, jadi kita  harus tahu perkara sebenarnya untuk kita memahami masalah sekarang dan untuk kita cuba selesaikan masalah-masalah sekarang.

“Iyalah sudah tentu mereka tidak mengaku dan mereka akan tanya bukti, buktinya adalah dalam sembang-sembang group Cina sesama Cina dalam WhatsApp. 

“Kerajaan boleh access bila-bila sahaja, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) boleh access untuk mengetahui dan saya ada bukti tentang satu group itu dan saya pernah buat laporan SKMM pada tahun lepas waktu Hari Raya Puasa.

“SKMM siasat, SKMM maklum balas kepada saya, mereka telah refer kes itu kepada polis,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Beliau berkata demikian susulan Teresa Kok di Dewan Rakyat hari ini meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap Kok Seong yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan rasis.

Teresa Kok turut menuntut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memberi amaran kepada pensyarah-pensyarah yang rasis terhadap Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Ini susulan Kok Seong baru-baru ini dalam satu klip video di TikTok @themerdekatimes mengatakan orang Cina tidak memandang tinggi kepada bangsa Melayu, sebaliknya mereka memandang hina, melihat bangsa Melayu sebagai tidak berkebolehan, tidak bijak seperti mereka, malas dan sebagainya yang menyebabkan mereka enggan mempelajari bahasa Melayu dan berintegrasi dalam masyarakat Melayu.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata beliau hari ini masih berpegang kepada kata-katanya itu kerana mempunyai bukti berkenaannya dan ia bukan hasutan.

Beliau berkata kalau perkara itu betul, namun ia tidak diakui satu pihak lain, maka bagaimana permasalahan boleh dapat diselesaikan.

“Apa rasis dia kalau benda itu betul? Ada bukti di dalam sembang-sembang group WhatsApp dan group ini. SKMM itu ada cara, ada kuasa untuk access apa-apa sahaja yang ditulis itu kalau mereka mahu.

“Mereka ada kemudahan itu, jadi janganlah dok kata takde bukti, siap dengan orangnya, gambarnya, handphonenya dalam group WhatsApp (itu) dan apa nak dikatakan tiada bukti?” kata Kok Seong. — The Merdeka Times

Author