Connect with us

Terkini

(VIDEO) Dua tahun Kerajaan Madani, Pembangkang tidak bersikap konstruktif

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Ketua Penerangan Pemuda MCA Nasional, Neow Choo Seong

KUALA LUMPUR — Pakatan pembangkang setakat ini dilihat tidak bersikap konstruktif kerana tidak menggunakan ruang demokrasi sistem berparlimen dengan sebaik mungkin untuk membangkitkan isu rakyat, sebaliknya mereka sering memainkan isu politik.

Ketua Penerangan Pemuda MCA Nasional, Neow Choo Seong berkata beliau melihat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong lebih ‘bersikap pembangkang’ berbanding pakatan pembangkang kerana beliau sering membangkitkan isu rakyat.

Choo Seong berkata Parlimen adalah tempat bagi setiap wakil rakyat yang dipilih dan diberikan mandat untuk membawa suara rakyat, termasuk ia menjadi tempat untuk mereka membangkitkan dan membuat polisi atau dasar yang bermanfaat buat rakyat.

Beliau berkata sekiranya kehadiran seorang wakil rakyat di Parlimen itu hanya untuk membuat ‘kacau’ atau membangkitkan isu-isu tidak konstruktif atau lebih bersifat destruktif, maka menjadi satu kerugian buat kita yang mempunyai sistem berparlimen. 

“Kerana Parlimen ini merupakan institusi yang sangat penting untuk memberikan check and balance kepada kuasa eksekutif… saya juga nak gunakan peluang ini, supaya baru-baru ni kita lihat di mana Ahli Parlimen DAP yang menyelar Presiden saya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang cuba membangkitkan isu-isu rakyat.

“Bagi saya mentaliti DAP tu, dia pun bagi saya kadang dia confuse… Kerana apabila kita membangkitkan isu sebagai salah seorang Ahli Parlimen, walaupun dia bersama dengan kerajaan, tetapi dia mempunyai peranan membangkitkan isu rakyat. 

“Tidak semestinya kita membangkitkan isu rakyat itu, bermakna kita pembangkang ataupun cuba nak sabotaj… Itu adalah, bagi saya orang yang tak menghayati dan tak faham prinsip demokrasi itu sendiri, maka sia-sialah rakyat melihat.

 

“Kita mahukan pembangkang yang konstruktif, tetapi apabila pembangkang kita tak konstruktif maka kita perlu memainkan peranan check and balance… Kita sendiri dalam barisan kerajaan dan backbenchers ini,” kata Choo Seong  menerusi program Analisis bersama Finaz Yunus bertajuk ‘Prestasi 2 tahun Kerajaan Madani, corot @ cemerlang?’ yang bersiaran di platform media sosial The Merdeka Times di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan hos tentang bagaimana Kerajaan Perpaduan melihat peranan yang dimainkan pembangkang setakat ini sama ada Perikatan Nasional (PN) bersikap konstruktif sebagai pembangkang atau lebih kepada destruktif .

Program terbitan Studio Merdeka itu turut menampilkan Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan Dekan Institut Pengajian Siswazah, Malaysia University of Science and Technology (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *