Connect with us

Ekonomi

(VIDEO) Apakah gred bagi prestasi dua tahun Kerajaan Madani?

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Dari kiri Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai, Neow Choo Seong & Dr Anuar Ahmad

KUALA LUMPUR — Kerajaan Madani diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri diberikan “gred A-” dan “B” daripada permarkahan gred A hingga D untuk prestasi dua tahun kerajaan itu mentadbir negara.

Penarafan itu diberikan tiga panel di program Analisis bersama Finaz Yunus terbitan Studio Merdeka yang menampilkan Dekan Institut Pengajian Siswazah, Malaysia University of Science and Technology (MUST), Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai; Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM, Dr Anuar Ahmad dan Ketua Penerangan Pemuda MCA Nasional, Neow Choo Seong.

Ketiga-tiga mereka menganalisa prestasi dua tahun Kerajaan Madani yang memfokuskan kepada tiga sektor iaitu ekonomi, pendidikan dan kestabilan politik menjelang dua tahun Anwar menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November ini.

Barjoyai ketika diajukan pertanyaan oleh hos berkenaan gred yang beliau berikan kepada prestasi dua tahun Kerajaan Madani sama ada A, B, C atau D, secara ringkas memilih A-.

Jawapan sama turut diberikan Anuar yang mengharapkan Kerajaan Madani terus stabil dan mengutarakan lebih banyak idea baru serta kemasukan pelaburan baru.

“Saya rasa A- dan dia sebenarnya ke arah A hampir ke A…. Kita mengharapkan dan mendoakan supaya kerajaan ni terus stabil, banyak idea-idea baru, banyak pelaburan baru masuk dan kita akan dapat lihat rakyat dapat meraih keuntungan daripada usaha-usaha yang dijalankan,” kata Anuar di sini pada Isnin.

Choo Seong daripada MCA, iaitu parti politik pemerintah, memberikan gred B kepada dua tahun pemerintahan Kerajaan Madani.

“Saya bagi B kerana saya mahukan pencapaian yang lebih baik untuk dalam masa baki penggal iaitu tiga tahun,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *