Agama
Pencarum Muslim KWSP wajib tukar ke simpanan syariah, bersihkan dividen

- “Wajib,” demikian komen ringkas Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir ketika menjawab pertanyaan tentang apakah wajib untuk pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih memilih simpanan konvensional menukar kepada syariah dan membersihkan dividen jika kekal dengan simpanan konvensional.
- Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman pada Mac lalu dilaporkan berkata, berdasarkan data KWSP setakat 31 Disember 2023 hanya 20.1 peratus umat Islam yang mencarum di KWSP memilih simpanan syariah iaitu 1,785,250 berbanding 8,882,184 pencarum Muslim.
- Semalam ketika ditemu bual The Merdeka Times, Zaharuddin berkata ketika ini pula hanya sekitar 1.7 juta pencarum Muslim telah bertukar ke simpanan syariah sementara 7.2 juta lagi masih dengan simpanan konvensional.
- Beliau berkata pencarum Muslim KWSP simpanan konvesional perlu membuat pembersihan dividen setiap tahun bermula 2017 hingga tahun lalu sekiranya tidak pernah melakukannya dalam tempoh itu.
- Mengulas isu sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menyatakan wajib untuk pencarum Muslim membersihkan pendapatan mereka ataupun deposit yang akan digunakan pada hari tua supaya caruman dibuat mendapat lebih keberkatan
KUALA LUMPUR — “Wajib,” demikian komen ringkas Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir ketika menjawab pertanyaan tentang apakah wajib untuk pencarum Muslim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang masih memilih simpanan konvensional menukar kepada syariah dan membersihkan dividen jika kekal dengan simpanan konvensional.
Pengarah Urusan Elzar Shariah Solution Sdn Bhd, Dr Zaharuddin Abd Rahman pada Mac lalu dilaporkan berkata, berdasarkan data KWSP setakat 31 Disember 2023 hanya 20.1 peratus umat Islam yang mencarum di KWSP memilih simpanan syariah iaitu 1,785,250 berbanding 8,882,184 pencarum Muslim.
Semalam ketika ditemu bual The Merdeka Times, Zaharuddin berkata ketika ini pula hanya sekitar 1.7 juta pencarum Muslim telah bertukar ke simpanan syariah sementara 7.2 juta lagi masih dengan simpanan konvensional.
Beliau berkata pencarum Muslim KWSP simpanan konvesional perlu membuat pembersihan dividen setiap tahun bermula 2017 hingga tahun lalu sekiranya tidak pernah melakukannya dalam tempoh itu.

Foto : Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil
Mengulas isu sama, Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil menyatakan wajib untuk pencarum Muslim membersihkan pendapatan mereka ataupun deposit yang akan digunakan pada hari tua supaya caruman dibuat mendapat lebih keberkatan.
“Kepada pencarum-pencarum yang lama saya yakin ada beberapa perkara yang harus dikemaskinikan.. satu peluang yang ada sekarang ini ialah apakah produk yang nak dipilih (sama ada) konvensional ataupun patuh syariah?
“Dalam keadaan ini apabila telah ada tawaran yang lebih patuh syariah (simpanan syariah), kenapa kita hendak memilih yang tidak patuh syariah?
“Saya tidak katalah daripada sudut fatwa tetapi dari sudut kewajipan, wajib kita mengambil tindakan untuk membersihkan pendapatan kita ataupun deposit yang kita akan gunakan pada hari tua kita nanti untuk mendapat lebih keberkatan dalam caruman,” katanya.
Abdul Halim turut menasihatkan kelompok pencarum Muslim KWSP yang baru supaya memilih simpanan yang patuh syariah apabila ingin membuka akaun kerana kita sudah mempunyai pilihan terbaik dalam hal itu. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
