Connect with us

Antarabangsa

Australia tolak visa bekas menteri Israel

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Israel, Ayelet Shaked
  • Bekas Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Israel, Ayelet Shaked dinafikan visa ke Australia pada Khamis kerana kehadirannya boleh memburukkan rakyat Australia atau “menghasut perselisihan”, demikian menurut laporan media.
  • Shaked, dijadual menghadiri persidangan keselamatan di Canberra minggu depan, dimaklumkan pada Khamis oleh Kementerian Dalam Negeri Australia, lapor Anadolu memetik The Australian.
  • Agensi berita itu memetik bahagian Akta Migrasi yang membenarkan penafian visa jika kehadiran pemohon dianggap mungkin menyebabkan perpecahan sosial atau “menghasut perselisihan” kepada masyarakat Australia.
  • Shaked yang juga bekas ahli parti Kanan Baharu di Parlimen Israel terkenal dengan sokongannya terhadap penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Bekas Menteri Dalam Negeri dan Kehakiman Israel, Ayelet Shaked dinafikan visa ke Australia pada Khamis kerana kehadirannya boleh memburukkan rakyat Australia atau “menghasut perselisihan”, demikian menurut laporan media.

Shaked, dijadual menghadiri persidangan keselamatan di Canberra minggu depan, dimaklumkan pada Khamis oleh Kementerian Dalam Negeri Australia, lapor Anadolu memetik The Australian.

Agensi berita itu memetik bahagian Akta Migrasi yang membenarkan penafian visa jika kehadiran pemohon dianggap mungkin menyebabkan perpecahan sosial atau “menghasut perselisihan” kepada masyarakat Australia.

Shaked berkhidmat sebagai menteri dalam negeri dari 2021 hingga 2022 serta menteri kehakiman antara 2015 hingga 2019. 

Bekas ahli parti Kanan Baharu di Knesset (Parlimen Israel) itu juga terkenal dengan sokongannya terhadap penempatan haram di Tebing Barat yang diduduki.

Persidangan keselamatan, yang dianjurkan Majlis Hal Ehwal Australia/Israel & Yahudi dan Analisis Strategik Australia, dijadual membincangkan isu pertahanan dan keselamatan. 

Kementerian Dalam Negeri Australia mahupun mana-mana pegawai kerajaan tidak segera mengulas mengenai isu penolakan visa bekas menteri Israel itu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *