Connect with us

Terkini

Tamim Dahri mengaku tidak bersalah rosakkan objek suci agama Hindu

Published

on

Foto: Tamim Dahri Abdul Razak, 34
  • Tamim Dahri Abdul Razak, 34, yang tiba pada 9 pagi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin.
  • Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa merosakkan objek suci agama Hindu iaitu tombak bercabang tiga atau “soolam”, dengan pengetahuan bahawa perbuatan memijak objek itu adalah menghina agama Hindu.
  • Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.
  • Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

LANGKAWI — Seorang aktivis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan merosakkan objek suci agama Hindu di sebuah tapak kuil lama di sini, Mac lepas.

Tamim Dahri Abdul Razak, 34, yang tiba pada 9 pagi membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hemy Annerina Haja Mydin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh sebagai Orang Kena Saman (OKS) didakwa merosakkan objek suci agama Hindu iaitu tombak bercabang tiga atau “soolam”, dengan pengetahuan bahawa perbuatan memijak objek itu adalah menghina agama Hindu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di tapak lama Kuil Sri Muniswarar, Selat Panchor, Kuah, di sini antara 3.30 petang hingga 6.30 petang pada 8 Mac lepas.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ain Nur Sofea Noridan memohon mahkamah supaya tidak membenarkan jaminan atas alasan tertuduh mempunyai risiko tinggi untuk melarikan diri ke luar negara.

Beliau berkata berdasarkan rekod perjalanan, tertuduh mempunyai kecenderungan untuk mengelakkan diri daripada proses undang-undang.

Bagaimanapun, peguam Datuk Hanif Hassan yang mewakili Tamim Dahri memohon anak guamnya dibenarkan ikat jamin memandangkan Seksyen 295 Kanun Keseksaan merupakan kesalahan yang boleh dijamin.

Beliau turut merujuk Seksyen 387 Kanun Tatacara Jenayah yang menyatakan seseorang individu yang ditangkap atau ditahan tanpa waran bagi kesalahan boleh jamin, berhak dibebaskan dengan jaminan sementara.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua penjamin selain syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah dan perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap dua minggu.

Mahkamah menetapkan 23 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi serahan dokumen.

Aktivis berkenaan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, Negeri Sembilan pada Sabtu lepas setelah menyerah diri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dia direman selama dua hari bermula Ahad hingga semalam sebelum ditahan semula untuk menghadapi pertuduhan di mahkamah hari ini.

Sebelum ini, Tamim Dahri didakwa melarikan diri ke luar negara bagi mengelak siasatan berhubung kes ugutan menerusi Facebook dan polis juga memohon Notis Merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mengesan dan membawanya pulang ke tanah air untuk menghadapi pertuduhan. — BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author