Terkini
Ini Malaysia, Hormati Bahasa Melayu – Penasihat MCA Terengganu
- Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon menegaskan sedemikian berikutan terdapat pihak yang mempersoalkan kecenderungannya menulis dalam Bahasa Melayu.
- Ini Malaysia. Hormati Bahasa Melayu! Untuk Facebook page ini, saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu kerana ini ialah bahasa kebangsaan kita.
- Ada yang mempersoalkan kenapa saya suka menulis dalam Bahasa Melayu. Lucunya, apabila ada pihak menulis dalam bahasa Cina atas kepentingan politik, perkara itu dianggap tidak menjadi masalah,” tegasnya.
KUALA TERENGGANU – Penasihat MCA Terengganu, Chew Sir Boon menegaskan bahawa Bahasa Melayu perlu dihormati sebagai bahasa kebangsaan negara.
Beliau berkata, keputusan untuk menggunakan Bahasa Melayu dalam penulisan di halaman Facebooknya dibuat atas kesedaran bahawa bahasa itu merupakan bahasa kebangsaan Malaysia.
“Ini Malaysia. Hormati Bahasa Melayu!
“Untuk Facebook page ini, saya memilih untuk menulis dalam Bahasa Melayu kerana ini ialah bahasa kebangsaan kita,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Chew berkata, terdapat pihak yang mempersoalkan kecenderungannya menulis dalam Bahasa Melayu.
Bagaimanapun, beliau menyifatkan keadaan itu sebagai sesuatu yang menghairankan apabila penggunaan bahasa Cina atas kepentingan politik pula tidak dianggap sebagai satu masalah.
“Ada yang mempersoalkan kenapa saya suka menulis dalam Bahasa Melayu.
“Lucunya, apabila ada pihak menulis dalam bahasa Cina atas kepentingan politik, perkara itu dianggap tidak menjadi masalah,” katanya.
Menurut beliau, kemudahan teknologi pada masa kini membolehkan kandungan dalam pelbagai bahasa diterjemahkan dengan mudah.
Justeru, beliau berpandangan isu ketidakfahaman bahasa tidak seharusnya dijadikan alasan untuk mempertikaikan penggunaan Bahasa Melayu.
“Hakikatnya, pada zaman sekarang semua orang boleh menggunakan fungsi terjemahan. Jika tidak faham, terjemahkan sahaja,” katanya.-The Merdeka Times