Connect with us

Teknologi

Apple bangunkan ‘LLM SIRI’ untuk bersaing dengan ChatGPT

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: LLM Siri
  • Apple merancang melakukan pengubahsuaian besar-besaran terhadap Siri bagi menjadikannya lebih mirip OpenAI ChatGPT dan Gemini Live daripada Google.
  • Menurut laporan Bloomberg, pembantu digital dikenali “LLM Siri” ini akan menggunakan model AI Apple yang membolehkan interaksi lebih spontan.
  • Sebagai sebahagian rancangan Apple untuk mengintegrasikan AI ke dalam iPhone, Siri akan berfungsi dalam menangani tugas lebih kompleks.

Apple merancang untuk melakukan pengubahsuaian besar-besaran terhadap Siri bagi menjadikannya lebih mirip dengan OpenAI ChatGPT dan Gemini Live daripada Google.

Menurut laporan Bloomberg, pembantu digital yang dikenali sebagai “LLM Siri” ini akan menggunakan model AI Apple yang membolehkan interaksi yang lebih spontan.

Sebagai sebahagian daripada rancangan Apple untuk mengintegrasikan AI ke dalam iPhone, Siri akan berfungsi dalam menangani tugas yang lebih kompleks.

Manakala, ‘LLM Siri’ pula akan dilengkapi kemampuan menggunakan ‘App Intents’ bagi berinteraksi dengan aplikasi pihak ketiga, serta menggunakan Apple Intelligence untuk merumus dan menulis teks.

Walaupun Apple mungkin mengumumkan rancangan ini seawal tahun depan, syarikat itu bercadang untuk menggantikan perisian asas Siri dengan sistem baru pada Mac 2026.

Naib Presiden Kanan Perisian Apple, Craig Federighi yakin bahawa Siri yang dilengkapi dengan AI ini akan lebih menonjol berbanding ChatGPT. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *