Antarabangsa
Hampir tiada langsung bantuan sampai ke utara Gaza dalam 40 hari – PBB
- Rakyat Palestin “berdepan keadaan yang semakin berkurangan untuk terus hidup” di utara Gaza yang dikepung tentera Israel kerana hampir tiada langsung bantuan sampai dalam tempoh 40 hari, demikian amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
- BBC News melaporkan PBB berkata semua percubaannya untuk menyokong 65,000 hingga 75,000 orang di Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia di utara Gaza bulan ini, dinafikan atau dihalang, memaksa kedai roti dan dapur (tempat agihan makanan) ditutup.
- Penilaian disokong PBB dikeluarkan awal bulan ini berkata terdapat kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
Rakyat Palestin “berdepan keadaan yang semakin berkurangan untuk terus hidup” di utara Gaza yang dikepung tentera Israel kerana hampir tiada langsung bantuan sampai dalam tempoh 40 hari, demikian amaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
BBC News melaporkan PBB berkata semua percubaannya untuk menyokong 65,000 hingga 75,000 orang di Beit Hanoun, Beit Lahia dan Jabalia di utara Gaza bulan ini, dinafikan atau dihalang, memaksa kedai roti dan dapur (tempat agihan makanan) ditutup.
Penilaian disokong PBB dikeluarkan awal bulan ini berkata terdapat kemungkinan besar kebuluran akan berlaku di kawasan utara Gaza.
Tentera Israel mendakwa serangannya selama enam minggu menyasarkan pejuang Hamas yang berkumpul semula dan ia memudahkan pemindahan orang awam dan penghantaran bekalan ke hospital.
Ribuan warga Palestin terbunuh di utara Gaza dan antara 100,000 dan 130,000 yang lain telah dipindahkan ke Gaza City, di mana PBB telah menyatakan sumber penting seperti tempat tinggal, air dan penjagaan kesihatan sangat terhad.
Media melaporkan situasi diburukkan lagi apabila sekutu Israel, Amerika Syarikat (AS) memveto draf resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menuntut gencatan senjata segera antara Israel dan Hamas di Gaza. – The Merdeka Times