Connect with us

Terkini

Perdaya pengguna berkaitan halal, Peniaga bukan Muslim boleh didenda hingga RM1 juta atau penjara

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata kementeriannya sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana peniaga yang menggunakan perbahasaan halal untuk memperdayakan pengguna sama ada premis dimiliki peniaga Muslim dan bukan Muslim.
  • “Bagi premis yang dimiliki oleh peniaga bukan Muslim, penggunaan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam, termasuk perbuatan menggantung ayat suci Al-Quran sekiranya digunakan bagi tujuan memperdaya atau mengelirukan pengguna Islam merupakan satu kesalahan yang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang mana jika disabitkan kesalahan, peniaga tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.
  • “Peniaga juga disyaratkan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada JAKIM, MAIN atau JAIN sebelum dibenarkan menggunakan perbahasaan yang menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah halal sebagaimana diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011,” katanya dalam jawapan pertanyaan lisan yang disiarkan di laman web Parlimen pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Premis dimiliki peniaga bukan Muslim yang sekiranya menggunakan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam, termasuk perbuatan menggantung ayat suci Al-Quran, bagi tujuan memperdaya atau mengelirukan pengguna Islam boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata ini kerana perbuatan itu menjadi satu kesalahan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Beliau berkata kementeriannya sentiasa mengambil tindakan tegas kepada mana-mana peniaga yang menggunakan perbahasaan halal untuk memperdayakan pengguna sama ada premis dimiliki peniaga Muslim dan bukan Muslim.

“Bagi premis yang dimiliki oleh peniaga bukan Muslim, penggunaan lambang seperti masjid, Kaabah, bulan sabit, bintang, simbol atau tulisan yang boleh dikaitkan dengan Islam, termasuk perbuatan menggantung ayat suci Al-Quran sekiranya digunakan bagi tujuan memperdaya atau mengelirukan pengguna Islam merupakan satu kesalahan yang di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 yang mana jika disabitkan kesalahan, peniaga tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya.

“Peniaga juga disyaratkan untuk mendapatkan pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum dibenarkan menggunakan perbahasaan yang menunjukkan bahawa barangan tersebut adalah halal sebagaimana diperuntukkan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

“Mana-mana orang yang disabitkan kesalahan di bawah Perintah ini boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam jawapan pertanyaan lisan yang disiarkan di laman web Parlimen di sini pada Isnin.

Armizan berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (PN- Maran) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup menyatakan apakah tindakan undang-undang diambil kepada peniaga bukan Islam yang mengambil kesempatan menggunakan nama, cop dan logo yang lazimnya digunakan orang Islam seperti masjid, berkat dan sebagainya yang mana ia boleh menyebabkan kekeliruan kepada Muslim berkenaan status halal. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *