Connect with us

Terkini

MP Melayu diam isu sekolah Cina, takut hilang undi dan kuasa? – Ridhuan Tee

“Kenapa semua Ahli Parlimen Melayu PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) senyap sepi dalam isu Sekolah Cina menanam benih perkauman dan penghalang integrasi nasional? Adakah kamu takut kehilangan undi dan kuasa?” demikian pertanyaan Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Hidayah Sani

Published

on

MP Melayu diam isu sekolah Cina, takut hilang undi dan kuasa? – Ridhuan Tee
Foto: Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah (kanan).
  • Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata hingga hari ini tiada seorang pun Ahli Parlimen Melayu, terutama dari PN dan BN, tampil mempertahankan atau membela Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyatakan sekolah vernakular atau sekolah Cina antara punca masalah integrasi kaum atau menanam benih perkauman, sedangkan semua tahu kenyataan beliau adalah kebenaran.
  • “Sampai hati kamu semua membiarkan seorang profesor Cina, bercakap soal pendidikan Cina, terkontang-kanting seorang diri, sedangkan, sejarawan Cina seperti mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan saya sendiri telah bercakap lama tentang persoalan dan isu besar negara ini.
  • “Kenyataan ini sudah terbukti kebenarannya. Kajian demi kajian telah dibuat. Anak-anak Cina ini tidak bergaul. Komunikasi bahasa Melayu mereka, maaf cakap zero, sangat menyedihkan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
  • Ridhuan Tee berkata Kok Seong langsung tidak rasis seperti didakwa ramai ultra kiasu yang menyerang beliau dalam dan luar Parlimen.
  • Ini kerana Kok Seong berbangsa Cina yang membangkitkan isu pendidikan Cina dan berkaitan masalah bangsanya sendiri, justeru tiada unsur rasis dalam hal berkenaan, kecuali jika Kok Seong berbangsa Melayu dan kenyataan sebegitu dikeluarkan individu Melayu.

KUALA LUMPUR — “Kenapa semua Ahli Parlimen Melayu PN (Perikatan Nasional) dan BN (Barisan Nasional) senyap sepi dalam isu Sekolah Cina menanam benih perkauman dan penghalang integrasi nasional? Adakah kamu takut kehilangan undi dan kuasa?” demikian pertanyaan Penganalisis Politik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Ridhuan Tee berkata hingga hari ini tiada seorang pun Ahli Parlimen Melayu, terutama dari PN dan BN, tampil mempertahankan atau membela Felo Kanan Majlis Profesor Negara (MPN), Profesor Emeritus Datuk Dr Teo Kok Seong yang menyatakan sekolah vernakular atau sekolah Cina antara punca masalah integrasi kaum atau menanam benih perkauman, sedangkan semua tahu kenyataan beliau adalah kebenaran.

“Sampai hati kamu semua membiarkan seorang profesor Cina, bercakap soal pendidikan Cina, terkontang-kanting seorang diri, sedangkan, sejarawan Cina seperti mendiang Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan saya sendiri telah bercakap lama tentang persoalan dan isu besar negara ini.

“Kenyataan ini sudah terbukti kebenarannya. Kajian demi kajian telah dibuat. Anak-anak Cina ini tidak bergaul. Komunikasi bahasa Melayu mereka, maaf cakap zero, sangat menyedihkan. 

“Ramai yang gagal bahasa Melayu pada tahap terlalu rendah berbanding dengan sekolah kebangsaan, masuk sekolah menengah tidak bergaul, sehingga ke institusi pengajian tinggi. Polarisasi sangat ketara. Itu baru satu bukti, belum bukti yang lain,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ridhuan Tee berkata Kok Seong langsung tidak rasis seperti didakwa ramai ultra kiasu yang menyerang beliau di dalam dan luar Parlimen.

Ini kerana Kok Seong berbangsa Cina yang membangkitkan isu pendidikan Cina dan berkaitan masalah bangsanya sendiri, justeru tiada unsur rasis dalam hal berkenaan, kecuali jika Kok Seong berbangsa Melayu dan kenyataan sebegitu dikeluarkan individu Melayu.

“Saya bangga dengan Teo, meskipun dikritik kiri dan kanan, Teo Kok Seong mempertahankan kenyataannya bahawa Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) menjadi punca perpecahan kaum di negara ini. 

“Tidak cukup dengan itu, Teo turut berkata bahawa orang Cina (tidak semua) turut memandang rendah kepada orang Melayu. Ini pun benar. 

“Ultra kiasu di dalam dan di luar Parlimen, mahukan Teo dikenakan tindakan, kerana menghasut. Peliknya, kenapa pemimpin-pemimpin PN dan Melayu diluar sana mendiamkan diri? Apa sudah jadi? Telur kamu di mana? Apakah kerana politik, takut kehilangan undi?,” katanya.

Bersedia mempertahankan kenyataan Kok Seong, Ridhuan Tee mencabar pemimpin ultra kiasu bersemuka dan mengadakan perbincangan secara akademik berkenaan kenyataan Kok Seong jika ada yang mahukan bukti.

“Mari kita sama-sama wacanakan atau forumkan, panggil juga Ahli Parlimen ultra kiasu itu dan Dong Zong dan Jiao Zong. Jangan banyak soal dan banyak cakap lagi. Saya bersedia, bersama Profesor Teo Kok Seong.

“Saya cukup kecewa dengan Ahli Parlimen PN dan BN terutamanya, jangan kamu diam kerana takut kehilangan undi dan kuasa. Itu bacul dan pondan namanya,” katanya. 

The Merdeka Times sebelum ini melaporkan Kok Seong menafikan dakwaan Teresa Kok bahawa beliau adalah rasis dan membuat kenyataan berbaur hasutan berkenaan masyarakat Cina memandang rendah kepada bangsa Melayu.

Kok Seong berkata apa dikatakan beliau sebelum ini berhubung bangsa Cina adalah hakikat sebenar yang seharusnya masyarakat tahu supaya masalah timbul hari ini dapat difahami dan diselesaikan.

Beliau turut mengakui mempunyai segala bukti seperti apa dinyatakan berhubung isu tersebut.

Malah, laporan polis juga telah dibuat tahun lalu berkaitan satu kumpulan sembang atau group WhatsApp masyarakat Cina yang didakwa menghina bangsa Melayu.

Kok Seong sebelum ini mengeluarkan kenyataan sedemikian ketika mengulas punca utama perpaduan kaum masih tidak sempurna hari ini selepas menyatakan penubuhan sekolah vernakular tidak boleh melebihi sekolah kebangsaan kerana ia hanya aliran sampingan, seharusnya tidak boleh mengatasi bilangan sekolah kebangsaan yang menjadi aliran utama sistem pendidikan negara.

Beliau tidak menafikan sekolah vernakular sememangnya menjadi penghalang kepada usaha mewujudkan perpaduan negara dan kaum. — The Merdeka Times

Author

Kolumnis

Bukankah sambut hari raya Aidilfitri sehari sahaja, bukan sebulan?

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Research And Development MRM

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.

SEAKAN menjadi adat tradisi di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri amat sinonim dengan ‘perayaan sebulan’ di mana ia akan diraikan selama sebulan setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan.

Ia merupakan musim perayaan yang sangat dinantikan dan dirai penuh kegembiraan di mana waktu ini digunakan untuk menziarahi ke rumah keluarga dan rakan-rakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturrahim.

Selama sebulan juga, terutamanya masyarakat Melayu Muslim, rumah-rumah mereka akan ‘dibuka’ dengan menghidangkan pelbagai juadah dan rumah dihias cantik untuk menyambut tetamu yang datang.

Namun, persoalan yang sering timbul adalah ‘Adakah tradisi ‘raya sebulan’ ini bertepatan dengan syariat Islam? Bukankah Islam hanya menganjurkan sehari sahaja dalam menyambut Aidilfitri, bukannya sebulan?’

Menariknya, persoalan ini telahpun dijawab menerusi artikel ‘Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-684: Bolehkah Menyambut Hari Raya selama Sebulan Syawal’ dan ‘Al-Kafi #1296: Sambut Hari Raya Sebulan itu Bid’ah?’ di laman sesawang rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Artikel itu mengatakan sememangnya Hari Raya Aidilfitri yang disyariatkan hanyalah pada satu Syawal. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW ketika baginda tiba di Madinah, penduduk Madinah menyambut dua perayaan. Lalu Baginda SAW bersabda,

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kepada kamu dua hari yang terbaik iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.” (Riwayat Ahmad, No. 12362)

Ini bermakna, hanya dua perayaan disyariatkan bagi umat Islam untuk dirayakan atas perintah Allah SWT.

Namun, apakah membezakan hari raya yang disyariatkan dengan hari-hari lain? Bezanya adalah pada amalan ibadat yang khusus diperintahkan untuk dilakukan pada hari tersebut.

Sebagai contoh, Hari Raya Aidilfitri disyariatkan melakukan ibadah solat hari raya, menunaikan zakat fitrah dan takbir yang hanya berlaku pada satu Syawal. Bahkan, pada hari tersebut umat Islam diharamkan berpuasa.

Dan sesudah hari tersebut tidak disyariatkan dengan apa-apa amalan ibadat khusus. Tiada lagi ibadat seperti solat sunat, mandi sunat dan takbir hari raya.

Maka, amalan ziarah-menziarahi sanak saudara bukanlah satu amalan ibadat yang dikhususkan dalam perayaan Aidilfitri. Ia hanyalah suatu tradisi yang baik dan diharuskan dalam Islam.

Mengikut Pejabat Mufti WP, mana-mana adat tradisi yang tidak bertentangan dengan nas-nas syarak, maka hukum asalnya adalah harus. Dalam kaedah Fiqh disebutkan:

“Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datangnya dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut)” (Al-Asyhbah wa al-Nazoir, ms. 60)

Bahkan tiada sesiapa pun mengikat amalan seperti ziarah-menziarahi, bermaafan, menjamu makan dan seumpamanya hanya mesti diadakan pada hari raya.

Ia sekadar tradisi diamalkan demi mengambil keberkatan bulan Syawal yang mulia.

Kesimpulannya, hari raya Aidilfitri yang disyariatkan sememangnya pada satu Syawal. Namun, tiada masalah untuk menyambut hari raya dengan melakukan ziarah-menziarahi sepanjang Syawal kerana ia merupakan kebiasaan yang baik dan ia diharuskan dalam Islam.

Malah, dalam satu hadis Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa cintanya Allah SWT kepada mereka yang menziarahi orang lain. Sabdanya

“Seorang lelaki menziarahi saudaranya di satu perkampungan yang lain. Lalu Allah menghantar malaikat untuk berada di jalan ke kampung yang ingin dia tuju. Apabila lelaki itu sudah mendekat, malaikat itu bertanya: Ke manakah engkau mahu pergi? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarahi saudaraku yang ada di kampung ini. Malaikat berkata: Adakah engkau ada harta yang ingin diberikan kepadanya? Lelaki itu berkata: Tidak. Sesungguhnya aku mencintainya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku adalah utusan Allah yang dihantar kepada engkau. Allah mencintai engkau sebagaimana engkau mencintai saudara engkau itu.” (Riwayat Muslim, No. 6714) –The Merdeka Times

Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending