Connect with us

Antarabangsa

Slovenia sertai prosiding ICJ bicara pelanggaran Israel ke atas wilayah Palestin

Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.

Wartawan TMT

Published

on

Slovenia sertai prosiding ICJ bicara pelanggaran Israel ke atas wilayah Palestin
Foto: Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon.
  • Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.
  • Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon mengumumkan negaranya memutuskan untuk “ikut serta secara aktif” dalam usul mendapatkan pendapat nasihat berkenaan konflik semasa di Gaza dan situasi di Tebing Barat.
  • Usul itu sebelum ini mendahului dakwaan genosid (pembunuhan beramai-ramai) Afrika Selatan ke atas Israel yang didengar di ICJ, minggu lalu.
  • Prosiding itu akan mengkaji “pelanggaran berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri, pendudukan berpanjangan, penempatan dan pengilhakkan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967”, termasuk polisi di Baitulmaqdis Timur dan dakwaan “undang-undang penuh diskriminasi”.

Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.

Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon mengumumkan negaranya memutuskan untuk “ikut serta secara aktif” dalam usul mendapatkan pendapat nasihat berkenaan konflik semasa di Gaza dan situasi di Tebing Barat.

Usul itu sebelum ini mendahului dakwaan genosid (pembunuhan beramai-ramai) Afrika Selatan ke atas Israel yang didengar di ICJ, minggu lalu.

Prosiding itu akan mengkaji “pelanggaran berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri, pendudukan berpanjangan, penempatan dan pengilhakkan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967”, termasuk polisi di Baitulmaqdis Timur dan dakwaan “undang-undang penuh diskriminasi”.

“Hal ini merupakan spektrum dakwaan pelanggaran (undang-undang) yang sangat luas yang dilakukan di rantau ini selama beberapa dekad dengan akibat ngerinya masih dapat dilihat pada hari ini,” kata Fajon pada sidang akhbar Khamis lalu dipetik The Times Of Israel.

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mengundi pada Disember 2022 untuk meminta ICJ, mengeluarkan pendapat nasihat sama ada dasar Israel di wilayah itu melanggar undang-undang antarabangsa.

Keputusan Slovenia mengambil bahagian itu akan memberikannya keupayaan untuk mengemukakan pendirian bertulis mengenai isu yang dibangkitkan UNGA.

Beberapa negara lain menyerahkan ulasan bertulis mengenai permintaan UNGA, termasuk Jordan, Qatar, Belize, Bangladesh, Indonesia dan Mesir.

Slovenia menjadi negara Eropah pertama yang berbuat demikian dengan perbicaraan pertama kes itu dijadualkan berlangsung pada 19 Februari depan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending