Connect with us

Antarabangsa

Hampir 95 peratus sekolah menengah Scotland benarkan pelajar pilih jantina, kongsi tandas

Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.

Wartawan TMT

Published

on

Hampir 95 peratus sekolah menengah Scotland benarkan pelajar pilih jantina, kongsi tandas
Foto : Gambar sekadar hiasan.
  • Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.
  • Kempen kumpulan For Woman Scotland (FWS) mendakwa “sistem kepercayaan boleh dipertikaikan yang tidak saintifik” kini ‘ditanam’ di sekolah berikutan polisi penuh kontroversi Scottish National Party (SNP).
  • Kumpulan itu mendapati sembilan daripada 10 sekolah menengah di Scotland mengajar bahawa manusia mempunyai identiti jantina yang mungkin berbeza daripada jantina biologi mereka, lapor The Telegraph.
  • Ia juga bermakna murid lelaki biologi dibenarkan mengambil bahagian dalam kelas Pendidikan Jasmani (PJ) perempuan, berkongsi bilik persalinan dan perkongsian tandas dengan pelajar perempuan di kebanyakan sekolah menengah, dedah laporan itu.

Hampir semua sekolah menengah di Scotland membenarkan pelajar mengenal pasti diri dan memilih jantina mereka sendiri – dengan laporan amaran polisi terkini di 95 peratus kolej mungkin membenarkan pelajar berkongsi tandas.

Kempen kumpulan For Woman Scotland (FWS) mendakwa “sistem kepercayaan boleh dipertikaikan yang tidak saintifik” kini ‘ditanam’ di sekolah berikutan polisi penuh kontroversi Scottish National Party (SNP).

Kumpulan itu mendapati sembilan daripada 10 sekolah menengah di Scotland mengajar bahawa manusia mempunyai identiti jantina yang mungkin berbeza daripada jantina biologi mereka, lapor The Telegraph.

Dalam penemuan berdasarkan akta kebebasan maklumat, sekurang-kurangnya 95.4 peratus sekolah menjalankan dasar pengenalan diri jantina, bermakna sekolah membenarkan kanak-kanak terbabit memilih jantina mereka sendiri.

Ia juga bermakna murid lelaki biologi dibenarkan mengambil bahagian dalam kelas Pendidikan Jasmani (PJ) perempuan, berkongsi bilik persalinan dan perkongsian tandas dengan pelajar perempuan di kebanyakan sekolah menengah, dedah laporan itu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending