Terkini
LKAN: Majlis Profesor Negara nafi salah guna dana kerajaan
Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
- Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
- MPN tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
- Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
- “Disepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
- “MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
KUALA LUMPUR — Majlis Profesor Negara (MPN) menafikan pihaknya menyalahgunakan pembiayaan kewangan daripada kerajaan bagi tempoh 2019 hingga 2023 seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.
Melalui penjelasan ke atas LKAN itu, MPN berkata pihaknya tidak menerima dana kerajaan sejak pembubarannya pada 2018, sebaliknya beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai entiti bebas sehingga Januari 2022.
Ini susulan kerajaan memutuskan untuk membubarkan MPN serta merta berkuat kuasa 23 Mei 2018 yang secara langsung mengeluarkannya daripada naungan kerajaan.
“Mulai tarikh pembubaran itu MPN tiada lagi menerima saluran dana Kerajaan dan beroperasi dengan sumbangan dan pembiayaan sendiri serta bergerak sebagai sebuah entiti bebas.
“Di sepanjang tempoh itu pihak MPN telah mengambil inisiatif-inisiatif tertentu untuk menentukan kelangsungannya disamping membuat pindaan terhadap perlembagaannya selaras dengan kedudukan dan statusnya itu.
“MPN mula diterima semula beroperasi dibawah naungan Kerajaan dan menerima dana tahunan mulai Januari 2022,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.
Melalui LKAN 2/2024, audit dilaporkan menemui penyalahgunaan dana dalam MPN di mana ia sebagai Syarikat Berhad Menurut Jaminan yang dikawal selia Jabatan Perdana Menteri, didapati membiayai operasi dua syarikat persendirian berjumlah RM373,516.
Malah, ia mewujudkan konflik kepentingan apabila dua ahli Lembaga Pemegang Amanah (LPA) tidak mengisytiharkan kepentingannya sebagai pemilik saham kepada dua syarikat terbabit, selaras Akta 777 (Akta Syarikat 2016).
MPN juga didapati membuat pembayaran elaun besar kepada pengerusi tetap dan timbalan pengerusi berjumlah RM207,000 tanpa kelulusan menteri yang dipertanggungjawabkan.
Justeru, LKAN mengesyorkan JPM mengkaji semula status MPN sebagai syarikat di bawah seliaan kerajaan dan status MPN perlu diputuskan sebelum dipertimbangkan sama ada penyaluran peruntukan geran wajar diteruskan atau sebaliknya. — The Merdeka Times