Connect with us

Terkini

(VIDEO) Larangan berseluar pendek, minuman keras ke atas pelancong bukan isu serius

Peraturan dikenakan di beberapa negeri, termasuk larangan minum arak dan berseluar pendek, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai kurang mesra pelancong asing tidak perlu dijadikan isu serius.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan (kiri) & Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok (kanan).
  • Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata setakat ini peraturan itu berada dalam keadaan cukup terkawal dan baik.
  • “Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya dalam keadaan yang cukup terkawal dan cukup baik.
  • “Saya mohon supaya kita tidak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi satu perkara yang cukup serius di negara kita,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.
  • Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok sama ada pendekatan diambil kerajaan negeri tertentu dalam mengenakan dasar yang kurang mesra pelancong seperti larangan minum arak dan memakai seluar pendek boleh menjejaskan usaha kementerian itu untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. 

KUALA LUMPUR — Peraturan dikenakan di beberapa negeri, termasuk larangan minum arak dan berseluar pendek, yang disifatkan sesetengah pihak sebagai kurang mesra pelancong asing tidak perlu dijadikan isu serius.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata setakat ini peraturan itu berada dalam keadaan cukup terkawal dan baik.

“Apa yang telah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Seputeh sebenarnya dalam keadaan yang cukup terkawal dan cukup baik.

“Saya mohon supaya kita tidak perlu memperlihatkan perkara-perkara yang sebenarnya tidaklah menjadi satu perkara yang cukup serius di negara kita,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Seputeh dari DAP, Teresa Kok sama ada pendekatan diambil kerajaan negeri tertentu dalam mengenakan dasar yang kurang mesra pelancong seperti larangan minum arak dan memakai seluar pendek boleh menjejaskan usaha kementerian itu untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026. 

Khairul berkata bagi memastikan Malaysia terus menjadi pilihan, antara cadangan yang sedang diambil perhatian bagi menjauhi persaingan ialah memposisikan Langkawi sebagai ‘preferred Muslim destination’ atau pulau mesra pelancong Islam supaya lebih ke arah kekeluargaan,  riadah ataupun kerohanian.

Beliau menjelaskan setiap negeri tidak perlu memainkan peranan yang sama dalam menarik pelancong asing kerana ia akan mengakibatkan persaingan antara negeri.

“Itu sebabnya perlu kita lihat, setiap negeri memainkan peranan masing-masing. 

“Tidak perlu setiap negeri melakukan perkara yang sama kerana ia akan menjejaskan dari sudut kompetitif itu sendiri,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending