Connect with us

Terkini

Kes HIV pelajar IPT semakin meningkat

Jangkitan Human Immunodeficiency Viruses (HIV) dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun semakin meningkat.

Hidayah Sani

Published

on

Foto : Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

 

  • Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan notifikasi jangkitan kes dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 214 kes HIV membabitkan pelajar pengajian tinggi pada 2020, diikuti sedikit penurunan 186 kes pada 2021.
  • Jumlah itu bagaimanapun kembali meningkat kepada 221 kes pada 2022 dan 244 kes pada tahun lalu.
  • Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Selasa kepada soalan Ahli Parlimen Padang Serai dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin mengenai jumlah pelajar institusi pengajian tinggi yang dijangkiti HIV dari 2020 hingga sekarang.
  • Jawapan bertulis itu turut mendapat perhatian Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengharapkan pihak kesihatan kembali kepada asas perubatan yang utama iaitu ‘SAY NO TO HOMOSEXUALITY’, sebagaimana ‘SAY NO TO VAPE AND SMOKING’, susulan KPT mengatakan sebahagian strategi mereka dalam isu itu adalah pencegahan.
  • Dr Rafidah berkata ini kerana “homosexuality” bukan sahaja berisiko tinggi mendapat HIV, malah haram di sisi agama Islam.

KUALA LUMPUR — Jangkitan Human Immunodeficiency Viruses (HIV) dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia yang berumur antara 18 hingga 25 tahun semakin meningkat.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata berdasarkan notifikasi jangkitan kes dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat 214 kes HIV membabitkan pelajar pengajian tinggi pada 2020, diikuti sedikit penurunan 186 kes pada 2021.

Jumlah itu bagaimanapun kembali meningkat kepada 221 kes pada 2022 dan 244 kes pada tahun lalu.

“Peratus pelajar IPTA atau IPTS yang dijangkiti HIV adalah antara 6.7-7.6 peratus dari jumlah keseluruhan kes HIV baharu yang dikenal pasti pada tahun tersebut,” kata Zambry dalam jawapan bertulis di Parlimen pada Selasa.

Kenyataan Zambry itu bagaimanapun tidak menyatakan faktor penularan penyakit HIV dalam kalangan pelajar itu.

Menteri itu berkata pihaknya cenderung merancang dan melaksanakan pelbagai program untuk memupuk gaya hidup sihat dan memberi tumpuan kepada advokasi, kesedaran dan pencegahan HIV.

“Sepanjang tempoh dari tahun 2022 sehingga bulan Jun 2024 sebanyak 77 program advokasi, kesedaran atau pencegahan berkaitan penyakit HIV telah dilaksanakan melibatkan 22,905 mahasiswa di UA,” kata Zambry.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Padang Serai dari Perikatan Nasional (PN), Datuk Azman Nasrudin bertanya menteri berkenaan mengenai jumlah pelajar institusi pengajian tinggi yang dijangkiti HIV dari 2020 hingga sekarang.

Jawapan bertulis itu turut mendapat perhatian Presiden WAFIQ, Prof Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengharapkan pihak kesihatan kembali kepada asas perubatan yang utama iaitu ‘SAY NO TO HOMOSEXUALITY’, sebagaimana ‘SAY NO TO VAPE AND SMOKING’ susulan KPT mengatakan sebahagian strategi mereka dalam isu itu adalah pencegahan.

Beliau berkata ini kerana “homosexuality” bukan sahaja berisiko tinggi mendapat HIV, malah haram di sisi agama Islam.

“Pihak KPT juga harus all-out dalam memerangi gejala HIV di IPT dan mengambil pendekatan komprehensif. Golongan mahasiswa mungkin tahu tentang bahaya anal seks, berbanding mereka di luar IPT, tetapi desas desus PrEP kononnya berkesan mencegah mungkin mengelabui pertimbangan mereka.

“PrEP adalah pendekatan kapitalisma, di mana anak muda diajar dengan PrEP hubungan homoseksualiti boleh diteruskan.

Generasi muda kita perlukan pendekatan agama mengawal nafsu yang harus diperkasakan tanpa mana-mana pihak ditekan pejuang pro-LGBT menggunakan hujah hak asasi yang seringkali menyalahi proses biologi dan sains kesihatan sendiri,” katanya  menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dr Rafidah turut berkongsikan pautan ke artikel bertajuk, ‘A lot of IPT students get HIV through gay sex, a Family Physician reveals’ dan ‘HIV di Kalangan Mahasiswa’.

Pada November 2023, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dilaporkan mengatakan di Malaysia lapan individu sehari secara purata dijangkiti HIV, di mana ia boleh menjejaskan matlamat negara untuk menamatkan HIV/AIDS menjelang tahun 2030. 

Beliau berkata penyumbang tertinggi kepada HIV adalah daripada kelompok muda yang berumur antara 20 hingga 39 tahun iaitu 77 peratus, di mana lebih 90 peratus adalah lelaki. 

“Hampir kesemuanya kira-kira 97 peratus dijangkiti melalui penularan seksual,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending