Connect with us

Terkini

Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan

Lapan individu sehari secara purata dijangkiti Human Immunodeficiency Viruses (HIV) di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.
  • Lapan individu sehari secara purata dijangkiti Human Immunodeficiency Viruses (HIV) di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. 
  • “Secara amnya, Malaysia telah berjaya menurunkan kadar jangkitan baharu sehingga 50 peratus antara tahun 2000 hingga 2009. 
  • “Namun, mulai tahun 2010 hingga sekarang, kadar penurunan jangkitan menurun kepada 24 peratus antara 2010 hingga 2022. 
  • “Secara purata, sebanyak 3,000 kes baharu HIV dilaporkan setiap tahun dan ini merupakan ancaman kepada keupayaan Malaysia untuk mencapai komitmen dalam menamatkan HIV/AIDS menjelang 2030,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Lapan individu sehari secara purata dijangkiti Human Immunodeficiency Viruses (HIV) di Malaysia, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. 

Dr Zaliha berkata penularan jangkitan baharu secara berterusan boleh menjejaskan matlamat negara untuk menamatkan HIV/AIDS menjelang tahun 2030. 

“Secara amnya, Malaysia telah berjaya menurunkan kadar jangkitan baharu sehingga 50 peratus antara tahun 2000 hingga 2009. 

“Namun, mulai tahun 2010 hingga sekarang, kadar penurunan jangkitan menurun kepada 24 peratus antara 2010 hingga 2022. 

“Secara purata, sebanyak 3,000 kes baharu HIV dilaporkan setiap tahun dan ini merupakan ancaman kepada keupayaan Malaysia untuk mencapai komitmen dalam menamatkan HIV/AIDS menjelang 2030,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ahli Parlimen Parit, Muhammad Ismi Mat Taib di Dewan Rakyat hari ini yang mahu tahu sama ada HIV masih menular dalam negara dan apakah langkah yang dijalankan untuk membendung penularan itu.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata risiko utama jangkitan HIV adalah melalui perkongsian jarum hipodermik dalam kalangan penagih dadah. 

Namun, katanya, mulai 2011, penularan utama virus yang dilaporkan kepada kementerian adalah melalui seksual. 

“Pada tahun lalu, sebanyak 60 peratus jangkitan HIV disebabkan oleh hubungan heteroseksual, homoseksual atau biseksual manakala 36 peratus melalui hubungan heteroseksual,” katanya. 

Tambahnya, penyumbang tertinggi kepada HIV adalah daripada golongan muda yang berumur antara 20 hingga 39 tahun iaitu 77 peratus di mana lebih 90 peratus adalah lelaki. 

“Hampir kesemuanya kira-kira 97 peratus dijangkiti melalui penularan seksual,” katanya. 

Dr Zaliha berkata mulai tahun ini, Kementerian Kesihatan memulakan projek perintis “PrEPgOV2023” di 18 klinik kesihatan antara Januari hingga Disember. 

Ubat profilaksi pra-pendedahan (PrEP) diberikan sebagai langkah pencegahan yang berkesan kerana kajian saintifik menunjukkan ia menghalang penularan HIV secara seksual sehingga 99 peratus. 

Dr Zaliha berkata langkah lain yang sedang diambil adalah melalui peningkatan kesedaran mengenai pencegahan penularan virus dalam kalangan belia iaitu termasuk mengelakkan aktiviti berisiko tinggi, pemeriksaan berkala dan rawatan anti-retroviral (ART) awal jika dijangkiti. 

Katanya, kementerian juga memperkenalkan modul Prostar yang diperkemaskan lagi tahun lalu dengan pengetahuan terkini mengenai isu pencegahan dan stigma untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia tentang HIV. 

Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan badan bukan kerajaan dan pekerja kesihatan masyarakat untuk memberi kaunseling dan sokongan kepada kumpulan berisiko tinggi, kata Dr Zaliha.

Sumber: The Star

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *