Kolumnis
Publisiti meluas ‘kelebihan’ sekolah Cina, media jangan korbankan jati diri negara
Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina.
Hari ini (semalam) akhbar Sinar Harian memberikan ruang yang begitu meluaskan mengenai kebaikan Sekolah Cina, melibatkan SJKC, SMJKC dan Sekolah Persendirian Cina.
Saya tidak pasti apakah ruang ini dibayar oleh pihak berkepentingan Cina atau tidak, tetapi publisitinya begitu meluas, seolah-olah sekolah Cina ini adalah segala-galanya, langsung tidak ada kelemahan.
Apakah akhbar Sinar Harian mahu menjadi alat propaganda kepada Pendidikan Cina? Apa pun saya masih bersangka baik lagi kepada akhbar ini kerana saya kenal rapat dengan pemiliknya
Saya fikir orang yang mengeluarkan kenyataan atau menulis tentang Pendidikan Cina dalam akhbar ini, tidak lain, untuk menarik seramai mana orang Melayu yang mungkin, bagi memastikan sekolah Cina terus kekal relevan, lebih-lebih lagi apabila mendapat sambutan daripada orang Melayu.
Almaklum sahajalah, Pendidikan Cina hari ini sedang hangat diperkatakan.
Terbaharu, kenyataan menolak penggunaan bahasa Melayu di Sekolah Cina untuk subjek Sains dan Matematik.
Sepatutnya akhbar Sinar Harian, perlu berlaku adil. Takkan selama ini banyak kelemahan dalam institusi pendidikan ini yang saya bentang, langsung tidak diberikan perhatian.
Hanya mungkin kerana ruang itu berbayar, maka kita siarkan semua kebaikannya tanpa menoleh ke belakang sedikit.
Janganlah begitu Sinar Harian. Buatlah Wacana antara saya dengan pejuang-pejuang bahasa Cina itu, kita debatkan secara adil
Jangan hanya kerana kita dibayar, maka kita sanggup korbankan jati diri negara ini. Berlaku adillah, ada pro, mestinya ada kontranya. Muhasabahlah. – The Merdeka Times
Penulis adalah Timbalan Presiden Muafakat Nasional (MN) yang juga penganalisis politik dan pendakwah bebas.
Penafian: Artikel yang disiarkan The Merdeka Times ini adalah pandangan peribadi penulis. Ia tidak semestinya menggambarkan pendirian Editorial The Merdeka Times dalam isu yang dikupas.