Antarabangsa
(VIDEO) Ribuan penunjuk perasaan di Israel tuntut Netanyahu ‘letak jawatan’
Tunjuk perasaan anti-kerajaan berlaku di seluruh Israel dengan pemprotes menuntut pilihan raya baru dan perjanjian melepaskan tawanan tahanan Hamas di Gaza diadakan segera.
Tunjuk perasaan anti-kerajaan berlaku di seluruh Israel dengan pemprotes menuntut pilihan raya baru dan perjanjian melepaskan tawanan tahanan Hamas di Gaza diadakan segera.
Sekitar 3,000 penunjuk perasaan dilaporkan berdemonstrasi di luar rumah Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di Caesarea.
Di Baitulmaqdis, sekumpulan 5,000 individu dianggarkan berarak dari jambatan Chords di pinggir barat bandar ke Jalan Azza, lokasi kediaman lain perdana menteri itu.
The Times of Israel melaporkan bantahan kecil lain turut diadakan di bandar-bandar di seluruh negara haram itu.
Penunjuk perasaan dilaporkan memegang papan tanda menuntut kerajaan pimpinan Netanyahu ‘meletak jawatan’ dan disingkirkan.
Mereka juga menyalahkan kerajaan Netanyahu di atas kegagalan mencapai perjanjian untuk membebaskan tebusan warga Israel di Gaza yang diculik pada 7 Oktober tahun lalu dan pengurusan perang tidak berkesan.
“Berapa banyak lagi darah akan tertumpah sehingga kamu berundur,” laung peserta demonstrasi di Caesarea dipetik media tempatan.
Polis di Baitulmaqdis dalam kenyataannya berkata mereka sedang memulihkan ketenteraman selepas penunjuk perasaan “menyalakan api di tengah jalan di kawasan kediaman dengan satu kumpulan lain yang melanggar peraturan cuba menembusi penghadang polis”.
Majoriti rakyat Israel kini menuntut pilihan raya baru diadakan segera ekoran kegagalan kerajaan pimpinan Netanyahu menangani perang di Gaza yang berlanjutan sejak Oktober tahun lalu.
Netanyahu juga berdepan dengan kritikan masyarakat dunia ekoran tindakan rejim zionis Israel melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times
View this post on Instagram