Connect with us

Antarabangsa

Wartawan ABC dipecat kerana kongsi laporan kekejaman Israel di Gaza

Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.

Wartawan TMT

Published

on

Wartawan ABC dipecat kerana kongsi laporan kekejaman Israel di Gaza
Foto: Wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC), Antoinette Lattouf.
  • Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.
  • Antoinette Lattouf, warga Australia berketurunan Lubnan, dilaporkan berkongsi dapatan HRW itu pada Disember lalu yang mendakwa rejim zionis menggunakan kebuluran sebagai strategi perang di wilayah konflik itu.
  • Berita mengenai isu kekejaman rejim Israel itu turut dilaporkan ABC.
  • The New Arab memetik Media Entertainment and Arts Alliance Union pada Selasa melaporkan pemecatan Lattouf berikutan tekanan daripada aktivis pro-Israel itu membawa kepada ancaman mogok 80 kakitangan ABC.
  • Lattouf akan mencabar pemecatannya itu di Suruhanjaya Keadilan Kerja Australia yang mana beliau  dijadualkan untuk menghadiri perbicaraan.

Seorang wartawan Australian Broadcasting Corporation (ABC) dipecat kerana berkongsi di media sosial mengenai dapatan kumpulan hak asasi, Human Rights Watch (HRW) mengenai kekejaman rejim Israel di Gaza.

Antoinette Lattouf, warga Australia berketurunan Lubnan, dilaporkan berkongsi dapatan HRW itu pada Disember lalu yang mendakwa rejim zionis menggunakan kebuluran sebagai strategi perang di wilayah konflik itu.

Berita mengenai isu kekejaman rejim Israel itu turut dilaporkan ABC.

The New Arab memetik Media Entertainment and Arts Alliance Union pada Selasa melaporkan pemecatan Lattouf berikutan tekanan daripada aktivis pro-Israel itu membawa kepada ancaman mogok 80 kakitangan ABC.

Sydney Morning Herald menerima mesej Whatsapp dari kumpulan peguam ‘Lawyers for Israel’  bagi menggesa ahli-ahlinya untuk menulis surat meminta penamatan kerjaya wartawan itu.

Lattouf akan mencabar pemecatannya itu di Suruhanjaya Keadilan Kerja Australia yang mana beliau dijadualkan untuk menghadiri perbicaraan.

Beliau berkata pemecatannya itu adalah disebabkan faktor pendapat politik atau alasan yang merangkumi perkara tersebut. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

14 negara gesa tindakan terhadap krisis makanan kritikal di Sudan

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • 14 negara termasuk Jordan, UAE, Maghribi dan Mauritania pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi jaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.
  • Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketakjaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diperburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.
  • Menurut laporan itu, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketakjaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.
  • Mereka turut menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam yang bakal memberi kesan kepada ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Jordan, UAE, Maghribi, Mauritania, Chad, Comoros, Guinea-Bissau, Seychelles, Senegal, Benin, Kenya, Sierra Leone Uganda, Mozambique dan Nigeria pada Selasa bersama-sama menyuarakan situasi keterjaminan makanan membimbangkan dan risiko berlakunya kebuluran di Sudan.

Kenyataan itu dikeluarkan sebagai respons kepada laporan Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) pada 27 Jun yang menyatakan kebimbangan terhadap tahap ketidak jaminan makanan paling teruk di Sudan yang pernah dicatatkan, diburukkan lagi dengan konflik dalaman empat belas bulan negara itu.

Menurut laporan tersebut, Sudan kini berdepan krisis yang belum pernah berlaku sebelum ini dengan 25.6 juta orang mengalami tahap ketidak jaminan makanan yang tinggi, dan 14 kawasan berisiko kebuluran, lapor agensi berita Jordan, Petra.

Negara-negara tersebut menyatakan kegusaran terhadap penemuan laporan IPC, memetik “kemerosotan teruk” keterjaminan makanan. 

Mereka menekankan kesan teruk yang bakal menimpa orang awam, termasuk ribuan kanak-kanak yang mengalami kekurangan zat makanan (malnutrisi) akut yang kritikal.

Kenyataan itu menggariskan cabaran kemanusiaan yang disebabkan peningkatan ketidak jaminan makanan, dengan menekankan potensi berlakunya perpindahan, aliran pelarian, dan corak penghijrahan di Sudan dan sekitar negara jiran.

Mereka juga mengulangi gesaan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada pihak yang berperang supaya membenarkan dan memudahkan penyampaian bantuan kemanusiaan yang cepat, selamat dan berterusan kepada orang awam yang memerlukan termasuk dihapuskan birokrasi dan halangan lain-lain.

Pengeluaran visa dan permit perjalanan yang diperlukan pekerja kemanusiaan dan bekalan penting, juga harus dipermudahkan, selaras dengan resolusi 2736 yang diterima pakai pada 13 Jun 2024.

Negara-negara tersebut juga menggesa pihak yang bertelagah di Sudan supaya segera menghentikan keganasan, menegakkan undang-undang kemanusiaan antarabangsa, dan mematuhi resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Mereka juga menyeru semua pihak luar mengelak daripada memberikan sokongan ketenteraan atau material kepada kumpulan berkonflik, sebaliknya menyokong tindakan yang mengurangkan ketegangan kepada usaha perdamaian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending