Antarabangsa
Slovenia sertai prosiding ICJ bicara pelanggaran Israel ke atas wilayah Palestin
Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.
- Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.
- Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon mengumumkan negaranya memutuskan untuk “ikut serta secara aktif” dalam usul mendapatkan pendapat nasihat berkenaan konflik semasa di Gaza dan situasi di Tebing Barat.
- Usul itu sebelum ini mendahului dakwaan genosid (pembunuhan beramai-ramai) Afrika Selatan ke atas Israel yang didengar di ICJ, minggu lalu.
- Prosiding itu akan mengkaji “pelanggaran berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri, pendudukan berpanjangan, penempatan dan pengilhakkan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967”, termasuk polisi di Baitulmaqdis Timur dan dakwaan “undang-undang penuh diskriminasi”.
Slovenia memutuskan secara rasmi menyertai prosiding di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk mendapatkan pendapat nasihat mengenai kawalan dan dasar Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmaqdis Timur.
Menteri Luar dan Hal Ehwal Eropah Slovenia, Tanja Fajon mengumumkan negaranya memutuskan untuk “ikut serta secara aktif” dalam usul mendapatkan pendapat nasihat berkenaan konflik semasa di Gaza dan situasi di Tebing Barat.
Usul itu sebelum ini mendahului dakwaan genosid (pembunuhan beramai-ramai) Afrika Selatan ke atas Israel yang didengar di ICJ, minggu lalu.
Prosiding itu akan mengkaji “pelanggaran berterusan Israel terhadap hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib mereka sendiri, pendudukan berpanjangan, penempatan dan pengilhakkan wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967”, termasuk polisi di Baitulmaqdis Timur dan dakwaan “undang-undang penuh diskriminasi”.
“Hal ini merupakan spektrum dakwaan pelanggaran (undang-undang) yang sangat luas yang dilakukan di rantau ini selama beberapa dekad dengan akibat ngerinya masih dapat dilihat pada hari ini,” kata Fajon pada sidang akhbar Khamis lalu dipetik The Times Of Israel.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) mengundi pada Disember 2022 untuk meminta ICJ, mengeluarkan pendapat nasihat sama ada dasar Israel di wilayah itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Keputusan Slovenia mengambil bahagian itu akan memberikannya keupayaan untuk mengemukakan pendirian bertulis mengenai isu yang dibangkitkan UNGA.
Beberapa negara lain menyerahkan ulasan bertulis mengenai permintaan UNGA, termasuk Jordan, Qatar, Belize, Bangladesh, Indonesia dan Mesir.
Slovenia menjadi negara Eropah pertama yang berbuat demikian dengan perbicaraan pertama kes itu dijadualkan berlangsung pada 19 Februari depan. – The Merdeka Times
You must be logged in to post a comment Login