Connect with us

Terkini

(VIDEO) “BlackRock is everywhere” hujah kurang cerdik – KJ

Hujah dimainkan segelintir pihak bahawa syarikat pelaburan antarabangsa, ‘BlackRock di mana-mana’ untuk mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan syarikat pro-zionis itu mempunyai pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah hujah kurang cerdik.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
  • Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menafikan BlackRock mempunyai banyak pegangan saham dalam syarikat-syarikat besar tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
  • Tetapi kebanyakannya melibatkan pegangan saham sangat kecil membabitkan satu hingga dua peratus dan dibeli pasaran terbuka serta tiada wakil dalam lembaga pengarah.
  • “Di MAHB, BlackRock ini bukan sebagai passive investor yang ada satu hingga dua peratus (saham) yang beli di open market tetapi ini adalah strategic investor kepada syarikat yang strategik yang menguruskan lapangan-lapangan terbang di Malaysia.
  • “Di mana mereka GIP/BlackRock dan ADIA akan memiliki 30 peratus (saham) MAHB dan bukan hanya itu syarikat ini akan diswastakan… akan dikeluarkan daripada Bursa Saham Kuala Lumpur,” katanya menerusi klip video terbaharu Instagram @keluar.sekejap.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dilaporkan mempersoalkan mengapa pelaburan BlackRock dalam MAHB menjadi isu sekarang sedangkan sebelum ini pun usaha sama membabitkan GLC dengan syarikat itu sudah berlaku.

KUALA LUMPUR — Hujah dimainkan segelintir pihak bahawa syarikat pelaburan antarabangsa, ‘BlackRock di mana-mana’ untuk mempertahankan keputusan kerajaan membenarkan syarikat pro-zionis itu mempunyai pegangan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) adalah hujah kurang cerdik.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak menafikan BlackRock mempunyai banyak pegangan saham dalam syarikat-syarikat besar tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur, termasuk Maybank, Public Bank, TNB dan Hong Leong.

Bagaimanapun, beliau berkata kebanyakannya hanya melibatkan pegangan saham sangat kecil membabitkan satu hingga dua peratus sahaja daripada syarikat-syarikat tersebut dan dibeli di pasaran terbuka serta tiada wakil dalam lembaga pengarah.

Katanya, situasi itu berbeza dengan pemilikan 30 peratus saham dalam MAHB yang akan menyaksikan BlackRock tidak lagi menjadi pelabur pasif, sebaliknya memainkan peranan aktif di syarikat berkenaan dan boleh meletakkan wakil dalam Lembaga Pengarah.

Argument (hujah BlackRock di mana-mana) yang dia orang pakai adalah argument yang kurang cerdik… mereka tak buat apple to apple comparison.

“… Di MAHB, BlackRock ini bukan sebagai passive investor yang ada satu hingga dua peratus (saham) yang beli di open market tetapi ini adalah strategic investor kepada syarikat yang strategik yang menguruskan lapangan-lapangan terbang di Malaysia.

“Di mana mereka GIP (Global Infrastructure Partners) /BlackRock dan ADIA (Abu Dhabi Investment Authority) akan memiliki 30 peratus (saham) daripada MAHB dan bukan hanya itu syarikat ini akan diswastakan… akan dikeluarkan daripada Bursa Saham Kuala Lumpur,” katanya menerusi klip video terbaharu Instagram @keluar.sekejap.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa dilaporkan mempersoalkan mengapa pelaburan BlackRock dalam MAHB menjadi isu sekarang sedangkan sebelum ini pun usaha sama membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan syarikat itu sudah berlaku.

Ini susulan timbul kritikan segelintir pihak yang menentang penyertaan BlackRock menerusi GIP, sebuah firma yang bakal diambil alih syarikat pro-zionis itu, dalam konsortium bersama Khazanah Bhd dan KWSP bagi meningkatkan pegangan dalam MAHB.

Terbaharu, Kerajaan juga diminta menarik semula keputusan untuk menjual pegangan saham dalam MAHB kepada BlackRock kerana ia antara ‘pemain utama’ menyokong gerakan LGBT.

GIP pada Jumaat lalu bagaimanapun dilaporkan menegaskan BlackRock Inc tidak pernah sama sekali terlibat dalam sebarang transaksi berhubung penstrukturan semula kepentingan dalam MAHB melalui Gateway Development Alliance (GDA). — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending