Connect with us

Terkini

Novel Lelaki Astatine ada babak ‘soft porn’, ramai gusar ia dibaca budak sekolah

Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: “Novel “Lelaki Astatine”, penulisnya Anjell yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah.
  • Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.
  • Perkara itu dibangkitkan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas menerima mesej dari seorang wanita yang melahirkan kegusarannya tentang novel bertajuk “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell.
  • “Novel “Lelaki Astatine”, penulisnya Anjell. Sangat famous. Ramai budak sekolah beli. Dicetak 80k naskhah untuk jualan di PBAKL tempoh hari. Laku keras.
  • “Novel ini campur aduk ilmu kimia, ilmu bidang penerbitan, islamik dan babak soft porn.
  • “Ramai cakap scene-scene begini “biasa je”. Bagi kami, jika budak perempuan sekolah rendah suka baca scene macam ini, anggap ini biasa dan berfantasi, maka bukan biasa lagi,” kata wanita itu kepada Fairuz yang berkongsikan perkara itu di Facebooknya pada Selasa.

KUALA LUMPUR — Ramai pihak gusar dengan perkembangan terbaharu dunia penerbitan novel karya tempatan yang jualannya ‘laku keras’, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah sedangkan ia didakwa mengandungi elemen soft porn.

Perkara itu dibangkitkan Penulis Ebook Pendidikan Seksualiti Kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi selepas menerima mesej dari seorang wanita yang melahirkan kegusarannya tentang novel bertajuk “Lelaki Astatine” karya penulis novel terkenal, Anjell.

Novel “Lelaki Astatine” itu dikatakan dicetak 80 ribu naskhah untuk jualan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) sebelum ini dan laris dijual, sedangkan ia mempunyai kandungan soft porn yang dicampur adukkan dengan ilmu kimia, bidang penerbitan dan islamik.

“Novel “Lelaki Astatine”, penulisnya Anjell. Sangat famous. Ramai budak sekolah beli. Dicetak 80k naskhah untuk jualan di PBAKL tempoh hari. Laku keras.

“Novel ini campur aduk ilmu kimia, ilmu bidang penerbitan, islamik dan babak soft porn.

Foto: Antara petikan muka surat novel “Lelaki Astatine” didakwa ada babak soft porn yang dikongsikan Fairuz di Facebook.

“Ramai cakap scene-scene begini “biasa je”. Bagi kami, jika budak perempuan sekolah rendah suka baca scene macam ini, anggap ini biasa dan berfantasi, maka bukan biasa lagi,” kata wanita itu kepada Fairuz yang berkongsikan perkara itu di Facebooknya pada Selasa.

Foto: Tangkap layar komen netizen di posting Fairuz.

Mengulas perkongsian itu, Fairuz berkata situasi itu melahirkan kegusaran baik dari pihak guru, ibu bapa dan pemain industri buku.

Foto: Tangkap layar hantaran seorang penulis mengulas isu ‘novel cabul’ yang ketika ini hangat dibicarakan di Facebook.

Fairuz berkata isu novel lucah ini bukan kali pertama berlaku memandangkan beberapa tahun lalu, viral novel fantasi lucah Jaan Punching Bag dan penulis berkenaan sudah mengakui kesilapan beliau serta memohon maaf ketika bertemunya.

“Cuma yang itu hanya bacaan di apps Wattpad dan Facebook. Tapi kali ini novel soft porn dibukukan. Laku keras pula tu! Yang membeli dan membacanya bukan hanya orang dewasa, bahkan kanak-kanak sekolah rendah.

“Beberapa tahun lepas, Raja Azmi ada hasilkan novel begini juga. Satu Malaysia marah.

“Tapi kali ni entah kenapa, lesu betul kemarahannya. Boleh jadi normalisasi kelucahan ni dah berakar umbi dalam masyarakat hingga hilang rasa sensitiviti,” katanya.

Foto: Tangkap layar review pembaca di laman sesawang goodreads ke atas novel itu yang dikongsikan Fairuz di Facebook.

The Merdeka Times (TMT) pada tahun lalu melaporkan seorang pengguna Facebook yang juga penulis buku iaitu Husna Adnan, meluahkan kebimbangan apabila novel Darlingku Mr. Cold Mafia nukilan penulis baru, Shadhia yang dilihat seolah-olah ingin menaikkan unsur ‘grooming’ di dalam karyanya.

Mengulas isu tersebut, Pakar Psikologi Kanak-Kanak di CPC International Sdn Bhd iaitu Dr Noor Aishah Rosli menjelaskan membaca bahan bacaan seperti novel bertemakan cinta dan berbaur seksual itu seronok, namun kesan jangka panjang untuk golongan remaja bawah umur mungkin tidak nampak sedangkan ia boleh menyebabkan mereka ralit dengan fantasi.

Beliau berkata individu menonton atau melihat bahan lucah juga akan berdepan masalah ketagihan hingga akhirnya menjejaskan potensi hidup mereka dan menyebabkan hilang fokus berikutan sentiasa menginginkan keseronokkan. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Gangguan IT global jejaskan operasi penerbangan, bank, media & hospital

Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • “Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.
  • Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.
  • Perkhidmatan MAHB tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat dan lapangan terbang Australia.
  • Syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

KUALA LUMPUR — Institusi utama seperti syarikat penerbangan, bank, media dan hospital di beberapa negara dilaporkan terjejas akibat gangguan siber besar-besaran, menurut beberapa laporan media melalui platform X.

“Kegagalan siber global: Platform keselamatan siber CrowdStrike mengalami kejatuhan di seluruh dunia, menyebabkan masalah IT global, gangguan dalam syarikat penerbangan antarabangsa, bank dan saluran media,” menurut agensi berita Sputnik melalui akaun X @SputInt.

BBC pada akaun X @BBCBreaking melaporkan bahawa gangguan IT secara besar-besaran telah menyebabkan pesawat tidak boleh berlepas dan menjejaskan bank, penyiar dan perniagaan di seluruh dunia.

Akaun X Bloomberg @business melaporkan bahawa satu siri gangguan teknikal, yang dicetuskan oleh gangguan Microsoft dilaporkan, mengganggu perkhidmatan di seluruh dunia, menjejaskan sektor daripada syarikat penerbangan hingga perbankan.

Agensi Anadolu (AA) pada platform X @anadoluagency melaporkan bahawa hospital dan perkhidmatan kesihatan juga telah terjejas oleh kegagalan pelayan, dengan Kementerian Kesihatan Israel mengesahkan gangguan tersebut.

Di Australia, Al Jazeera di X @AJEnglish melaporkan gangguan IT besar yang menjejaskan bank, telekomunikasi, saluran media dan syarikat penerbangan.

Juga di Australia, Lapangan Terbang Melbourne melalui akaun Xnya @MelAir berkata bahawa ia sedang mengalami isu teknologi global yang memberi kesan kepada prosedur daftar masuk untuk beberapa syarikat penerbangan.

Frontier Airlines melalui @FlyFrontier melaporkan kesan gangguan Microsoft pada sistem mereka, menjejaskan tempahan, daftar masuk, akses kepada pas masuk dan beberapa penerbangan.

Sementara itu, perkhidmatan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) tidak terjejas oleh gangguan IT global yang mengakibatkan gangguan perjalanan besar di Eropah, Amerika Syarikat serta lapangan terbang Australia.

Bagaimanapun, syarikat penerbangan tambang rendah tempatan AirAsia berkata walaupun ia mengalami gangguan sistem dalaman, tiada pembatalan penerbangan.

Difahamkan Malaysia Airlines juga tidak terjejas.

Walaupun nampaknya tiada pembatalan setakat ini, penerbangan ke destinasi yang terjejas akibat gangguan global boleh menjejaskan penerbangan Malaysia Airlines. — BERNAMA/Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending