Connect with us

Antarabangsa

Negara Arab tidak ikut serta prosiding ‘genosid’ Israel di ICJ memalukan

Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.

Wartawan TMT

Published

on

Negara Arab tidak ikut serta prosiding ‘genosid’ Israel di ICJ memalukan
Foto: Bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.
  • Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.
  • Dalam hantaran dikongsikan menerusi X pada minggu lalu, El-Baradei mengupas apa yang beliau lihat sepatutnya dilakukan negara Arab berkenaan tuntutan Afrika Selatan di ICJ.
  • “Ringkasnya, kegagalan untuk mengambil bahagian akan menjadi bukti konklusif bahawa negara Arab tidak mewakili rakyat mereka dan akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadamkan,” katanya di X.
  • ICJ dalam kenyataan pada Jumaat lalu berkata, Afrika Selatan telah memulakan prosedur memfailkan tuntutan di mahkamah itu dengan tuduhan ke atas rejim Israel yang melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.

El-Baradie berkata perkara itu juga “akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadamkan”.

Dalam hantaran dikongsikan menerusi X pada minggu lalu, El-Baradei mengupas apa beliau lihat sepatutnya dilakukan negara Arab berkenaan tuntutan Afrika Selatan di ICJ.

“Saya menggambarkan semua negara Arab akan mengambil bahagian melalui pakar undang-undang terbaik menyokong tuntutan Afrika Selatan di ICJ.

“Ringkasnya, kegagalan untuk mengambil bahagian akan menjadi bukti konklusif bahawa negara Arab tidak mewakili rakyat mereka dan akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadam,” katanya di X.

ICJ dijadual mengadakan sesi pertamanya pada 11-12 Januari ini untuk membincangkan kes itu.

El-Baradei berkata Afrika Selatan akan meminta mahkamah untuk memerintahkan “langkah awal untuk gencatan senjata dan sebarang operasi ketenteraan sehingga merit kes diputuskan.”

“Semua negara yang menjadi pihak dalam Konvensyen Genosid mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mahkamah dan mengemukakan hujah bertulis dan lisan,” katanya.

ICJ dalam kenyataan pada Jumaat lalu berkata, Afrika Selatan telah memulakan prosedur memfailkan tuntutan di mahkamah itu dengan tuduhan ke atas rejim Israel yang melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Senator Muslimah Australia pertahan Palestin letak jawatan Parti Buruh

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Wartawan TMT

Published

on

Foto : Senator Muslimah Australia, Fatima Payman
  • Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.
  • Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.
  • Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.
  • “Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.
  • Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

Senator Muslimah Australia, Fatima Payman pada Khamis mengumumkan peletakan jawatannya daripada parti pemerintah Australia “dengan berat hati tetapi dengan kesedaran jelas”.

Keputusan itu diambil selepas Parti Buruh menggantungnya untuk selama-lamanya kerana berikrar memberontak terhadap barisan parti dan menyokong usul mengiktiraf negara Palestin.

Payman yang mewakili negeri Australia Barat, mengundi pada akhir Jun untuk menyokong usul dikemukakan Parti Hijau bagi mengiktiraf Palestin, bertentangan dengan kehendak Parti Buruh dan Perdana Menteri, Anthony Albanese.

“Kita semua melihat imej berdarah kanak-kanak kecil kehilangan anggota badan, dipotong tanpa ubat bius dan kelaparan ketika Israel meneruskan serangannya, disiarkan secara langsung di seluruh dunia,” kata Payman dalam sidang akhbarnya pada Khamis dipetik Al Jazeera.

Payman yang dilahirkan di Afghanistan dan tiba di Australia sejak bayi berkata sejarah peribadinya sendiri memberi inspirasi kepada pilihannya untuk tidak berundur dalam isu Palestin, walaupun menerima tekanan daripada pemimpin parti.

“Keluarga saya tidak melarikan diri dari negara yang dilanda perang untuk datang ke sini sebagai pelarian bagi saya berdiam diri apabila melihat kekejaman dikenakan kepada orang yang tidak bersalah,” katanya.

Payman akan terus berada di Senat sebagai wakil bebas. – The Merdeka Times

 

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending