Antarabangsa
Negara Arab tidak ikut serta prosiding ‘genosid’ Israel di ICJ memalukan
Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.

- Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.
- Dalam hantaran dikongsikan menerusi X pada minggu lalu, El-Baradei mengupas apa yang beliau lihat sepatutnya dilakukan negara Arab berkenaan tuntutan Afrika Selatan di ICJ.
- “Ringkasnya, kegagalan untuk mengambil bahagian akan menjadi bukti konklusif bahawa negara Arab tidak mewakili rakyat mereka dan akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadamkan,” katanya di X.
- ICJ dalam kenyataan pada Jumaat lalu berkata, Afrika Selatan telah memulakan prosedur memfailkan tuntutan di mahkamah itu dengan tuduhan ke atas rejim Israel yang melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Negara-negara Arab yang tidak menyertai prosiding undang-undang terhadap rejim Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) tidak mewakili rakyat mereka, kata bekas Naib Presiden Mesir, Mohamed El-Baradei.
El-Baradie berkata perkara itu juga “akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadamkan”.
Dalam hantaran dikongsikan menerusi X pada minggu lalu, El-Baradei mengupas apa beliau lihat sepatutnya dilakukan negara Arab berkenaan tuntutan Afrika Selatan di ICJ.
“Saya menggambarkan semua negara Arab akan mengambil bahagian melalui pakar undang-undang terbaik menyokong tuntutan Afrika Selatan di ICJ.
“Ringkasnya, kegagalan untuk mengambil bahagian akan menjadi bukti konklusif bahawa negara Arab tidak mewakili rakyat mereka dan akan menjadi noda memalukan yang tidak dapat dipadam,” katanya di X.
ICJ dijadual mengadakan sesi pertamanya pada 11-12 Januari ini untuk membincangkan kes itu.
El-Baradei berkata Afrika Selatan akan meminta mahkamah untuk memerintahkan “langkah awal untuk gencatan senjata dan sebarang operasi ketenteraan sehingga merit kes diputuskan.”
“Semua negara yang menjadi pihak dalam Konvensyen Genosid mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam perbincangan mahkamah dan mengemukakan hujah bertulis dan lisan,” katanya.
ICJ dalam kenyataan pada Jumaat lalu berkata, Afrika Selatan telah memulakan prosedur memfailkan tuntutan di mahkamah itu dengan tuduhan ke atas rejim Israel yang melanggar Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid berhubung serangannya ke atas rakyat Palestin di Gaza. – The Merdeka Times

You must be logged in to post a comment Login