Antarabangsa
Laung azan di masjid berusia 250 tahun, pemuda Muslim dipenjara
Seorang pemuda Muslim ditahan dan dipenjara kerana melaungkan azan di masjid berusia 250 tahun di Shamli, Uttar Pradesh, India.

- Seorang pemuda Muslim ditahan dan dipenjara kerana melaungkan azan di masjid berusia 250 tahun di Shamli, Uttar Pradesh, India.
- Umar Qureshi, awal 20-an, merupakan penduduk di Jalalabad, ditahan di bawah Seksyen 505 (2) Kanun Keseksaan (memupuk permusuhan) dan Akta Teknologi Informasi susulan aduan dibuat Ketua Kampung Gausgarh, Neeraj Kumar, kata Superintenden Polis Shamli, Abhishek.
- Menurut polis, Qureshi pergi ke tapak masjid itu, yang sebahagiannya telah runtuh, pada Jumaat bagi menunaikan solat, sekali gus melanggar perintah British 1940.
- Pada 1940, satu perintah dikeluarkan British menyatakan bangunan masjid itu tidak boleh diguna pakai untuk ibadah bagi umat Islam, sementara penganut Hindu mesti menahan diri daripada meruntuhkannya.
Seorang pemuda Muslim ditahan dan dipenjara kerana melaungkan azan di masjid berusia 250 tahun di Shamli, Uttar Pradesh, India.
Umar Qureshi, awal 20-an, merupakan penduduk di Jalalabad, ditahan di bawah Seksyen 505 (2) Kanun Keseksaan (memupuk permusuhan) dan Akta Teknologi Informasi susulan aduan dibuat Ketua Kampung Gausgarh, Neeraj Kumar, kata Superintenden Polis Shamli, Abhishek.
Menurut polis, Qureshi pergi ke tapak masjid itu, yang sebahagiannya telah runtuh, pada Jumaat bagi menunaikan solat, sekali gus melanggar perintah British 1940.
Maktoobmedia melaporkan masjid itu didakwa kumpulan Hindu sebagai sebahagian Manhar Fort sejak 1350, milik penguasaan raja Hindu Manhar Kheda.
Tempat itu kemudiannya diambil alih dan ditukar kepada masjid pada zaman Moghul oleh Najeeb-ud-Daula, dakwa kumpulan Hindu.
Pada 1940, satu perintah dikeluarkan British menyatakan bangunan masjid itu tidak boleh diguna pakai untuk ibadah bagi umat Islam, sementara penganut Hindu mesti menahan diri daripada meruntuhkannya.
Ia susulan āpanchayatā iaitu majlis kasta yang dihadiri majistret daerah dan Maharaja Jasmaur Riyasat yang mencapai persetujuan mengenai perkara itu. ā The Merdeka Times
