Connect with us

Terkini

Kes salah laku boleh jejas imej, KKDW – TPM

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). 

Wartawan TMT

Published

on

Kes salah laku boleh jejas imej, KKDW – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). 
  • Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek intergriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu. 
  • “Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif..soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi”, katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di sini pada Selasa lalu. 

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penahanan seorang pegawai Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes pecah amanah baru-baru ini boleh menjejaskan imej Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). 

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berkata pihaknya tidak akan berkompromi apabila membabitkan aspek intergriti serta meminta warga KKDW mengambil iktibar daripada kes itu. 

Beliau berkata salah laku sedemikian perlu dielak daripada berulang kerana KKDW merupakan sebuah agensi yang dekat dengan rakyat khususnya di luar bandar. 

“Hanya kerana nila setitik, persepsi terhadap organisasi akan bertukar menjadi negatif..soal integriti yang melibatkan rasuah, pecah amanah, penyelewengan atau kepentingan peribadi ini memang kita tak boleh berkompromi”, katanya ketika berucap pada Majlis Perkhidmatan Cemerlang dan Apresiasi KKDW 2022 di sini pada Selasa lalu. 

Sabtu lepas, media melaporkan mengenai penahanan penolong akauntan KESEDAR, sebuah agensi di bawah KKDW, bagi membantu siasatan kes pecah amanah melibatkan kerugian RM24.8 juta.

Siasatan awal mendapati perbuatan itu dilakukan sejak 2016 hingga Mei 2023 melibatkan 194 transaksi wang daripada akaun Kumpulan Wang Pembangunan dan Kumpulan Wang Amanah milik KESEDAR ke akaun syarikat milik suspek yang secara keseluruhan berjumlah RM24,800,189.73.

Memuji pencapaian sejak beliau menerajui kementerian itu tujuh bulan lepas, Ahmad Zahid berkata momentum itu perlu dikekal dan ditambah baik bagi memastikan KKDW antara yang terbaik dalam kalangan semua kementerian.

“Saya berharap saudara dan saudari di KKDW akan terus mengekalkan budaya dan momentum kecemerlangan bagi memastikan KKDW terus cemerlang serta menjadi pemacu perubahan dalam memajukan masyarakat di desa,” katanya.

Bagi melahirkan kakitangan berprestasi tinggi, Ahmad Zahid mahu kakitangan yang cemerlang membantu rakan sekerja yang berprestasi rendah agar mereka boleh mencontohi amalan kerja dan ciri-ciri yang baik dalam menjalankan tugasan masing-masing.

“Pendekatan yang boleh diambil ialah kaedah pementoran serta bimbingan daripada penyelia, ketua jabatan dan pegawai berprestasi tinggi dalam organisasi,” katanya.

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Kadar kesuburan Malaysia menurun secara ketara – Nancy

Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
  • Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh DOSM menunjukkan TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.
  • “Terdapat pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan TFR termasuk faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.
  • “Pada masa sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR — Kadar kesuburan jumlah (TFR) rakyat Malaysia mencatatkan penurunan ketara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata Laporan Perangkaan Penting 2023 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan bahawa TFR di Malaysia menurun daripada 2.1 orang anak pada 2010 kepada 1.6 orang anak pada 2022.

“Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penurunan TFR termasuklah faktor ekonomi, cara gaya hidup yang antaranya boleh mempengaruhi keputusan pilihan umur untuk berkahwin, bilangan anak dan sebagainya.

“Pada masa yang sama, masalah ketidaksuburan turut boleh mempengaruhi kadar TFR,” katanya ketika menggulung perbahasan mengenai Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia tahun 2021 dan 2022 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Masyarakat (KPWKM) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata mengikut unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, beberapa negara di rantau Asia dan Pasifik seperti Jepun, Australia, Singapura, Indonesia dan Thailand turut mencatatkan kadar kesuburan yang amat rendah, iaitu berada di bawah paras penggantian.

Nancy berkata sebagai respons kepada keadaan itu, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan pelbagai inisiatif, termasuk menawarkan perkhidmatan rawatan kesuburan pada kos berpatutan, menyediakan klinik merawat masalah kesuburan lelaki serta memberi insentif pengecualian cukai sehingga RM8,000 kepada pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan.

“LPPKN juga telah diberi mandat untuk menubuhkan Pusat Subfertiliti Negara yang dilengkapi dengan segala kemudahan rawatan kesuburan di bawah satu bumbung bagi memberi perkhidmatan kesuburan serba moden dengan kos berpatutan,” katanya.

Menurut Nancy, pihaknya bagaimanapun berpandangan keputusan mempunyai anak dan penentuan bilangan anak adalah hak tersendiri setiap pasangan.

“Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi keputusan untuk memiliki anak, bilangan anak dan penurunan TFR. KPWKM melalui LPPKN membantu dalam membuat intervensi untuk mereka yang berhadapan dengan masalah ketidaksuburan,” katanya. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending