Connect with us

Terkini

Stok penimbal beras negara diguna, jika bekalan masih tidak pulih – TPM

Kerajaan bakal mengambil langkah untuk menggunakan Stokpail Beras Negara bersama Stok Beras Semasa sekiranya situasi bekalan beras negara tidak dapat pulih dalam jangka masa terdekat selepas pelbagai pendekatan dilakukan sebaiknya.

Wartawan TMT

Published

on

Stok penimbal beras negara diguna, jika bekalan masih tidak pulih – TPM
Foto: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
  • Kerajaan bakal mengambil langkah untuk menggunakan Stokpail Beras Negara bersama Stok Beras Semasa sekiranya situasi bekalan beras negara tidak dapat pulih dalam jangka masa terdekat selepas pelbagai pendekatan dilakukan sebaiknya.
  • Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.
  • Ahmad Zahid berkata, keberadaan beras tempatan di pasaran akan dipastikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan mempergiatkan operasi penguatkuasaan menerusi Op Beras, OP Jamin dan OP Beras Putih Tempatan (OBPT) yang dimulakan sejak 7 Julai lalu.
  • “Pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan dan dengan pelaksanaan ini terdapat unjuran tambahan Beras Putih Tempatan (BPT) sebulan sebanyak 23,000 tan metrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA: Kerajaan bakal mengambil langkah untuk menggunakan Stokpail Beras Negara bersama Stok Beras Semasa sekiranya situasi bekalan beras negara tidak dapat pulih dalam jangka masa terdekat selepas pelbagai pendekatan dilakukan sebaiknya.

Perkara itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, keberadaan beras tempatan di pasaran akan dipastikan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan mempergiatkan operasi penguatkuasaan menerusi Op Beras, OP Jamin dan OP Beras Putih Tempatan (OBPT) yang dimulakan sejak 7 Julai lalu.

“Dalam Jualan Rahmah yang sedang giat dijalankan, kerajaan memutuskan menggunakan Beras Putih Import (BPI) dijual dengan harga borong (RM3,200 per tan metrik).

“Pelbagai inisiatif dan program bagi memastikan ketersediaan dan keberadaan beras tempatan antaranya Program Khas Beras Putih Tempatan dan dengan pelaksanaan ini terdapat unjuran tambahan Beras Putih Tempatan (BPT) sebulan sebanyak 23,000 tan metrik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Zahid berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) juga dipertanggungjawabkan untuk membekalkan beras di kawasan yang mengalami gangguan.

Katanya, ini termasuk melancarkan talian hotline bagi pengguna melaporkan isu dan masalah berkaitan bekalan serta penyelewengan.

Beliau memberitahu, KPDN dan KPKM menjalankan penguatkuasaan secara bersepadu sebanyak 37 siri pemeriksaan OP Jamin melibatkan 2,322 pemeriksaan ke atas premis kilang, borong dan runcit.

“Sebanyak 142 aduan diterima melibatkan isu bekalan, harga dan lain-lain dan diuruskan bersama kementerian berkaitan.

“Antara aduan yang banyak diterima adalah berkaitan jurang harga yang sangat tinggi antara BPT dan BPI yang menyebabkan peniaga dan pengusaha kedai makanan beralih kepada BPT sebagai pilihan beras murah.

“Ia menyebabkan bekalan BPT kurang di pasaran, lebih-lebih lagi di Sabah, Sarawak dan Labuan,” katanya.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid mengarahkan agar penguatkuasaan bersepadu melalui OP Jamin ini diteruskan dan kekurangan bekalan dapat diatasi segera dan dipulihkan.

Katanya, gerakan bersepadu rentas kementerian terus dilaksanakan khususnya jualan-jualan seperti Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan MyGrocer@Wilayah dapat diperluaskan di peringkat dewan undangan negeri (DUN) dan parlimen di setiap negeri.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan membelanjakan anggaran RM3.772 bilion subsidi ayam dan telur ayam bagi memastikan bekalan dan harga kedua-dua barangan itu kekal stabil sejak tahun lalu.

Menurutnya, harga pasaran dan bekalan ayam di Malaysia menunjukkan trend stabil di peringkat borong dan runcit begitu juga kos input makanan ternakan menunjukkan trend penurunan sekali gus mengurangkan kos input pengeluaran ayam.

“Walau bagaimanapun, saya mengarahkan KPKM agar jaminan terus diberikan bagi ketersediaan bekalan dan kestabilan harga ayam dan telur ayam di peringkat ladang bagi memastikan keberadaan telur ayam di peringkat borong dan runcit.

“KPDN juga akan memastikan kekerapan pemantauan penguatkuasaan terhadap harga dan bekalan sepanjang masa,” katanya.

Dalam usaha mengurangkan kos import makanan ayam, beliau mencadangkan agensi-agensi KKDW khususnya Lembaga Kemajuan Wilayah, untuk memulakan penanaman legume.

Beliau membawa perkara ini untuk perbincangan di Sabah dan Sarawak untuk penggunaan tanah negeri dan dipersetujui untuk mewujudkan cadangan kerjasama pintar bersama KPKM bagi memastikan harga dan bekalan ayam sentiasa stabil.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Jangan terpedaya helah sami palsu minta sedekah – Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.
  • Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.
  • Pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, PDRM, Perbadanan Harmoni Pulau Pinang, Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 
  • “Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 
  • “Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

KUALA LUMPUR — Orang awam khususnya pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) diingatkan supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu yang difahamkan menjalankan kegiatan meminta sedekah.

MBPP berkata berdasarkan siasatan pihak Majlis didapati terdapat sindiket yang mendalangi aktiviti tidak sihat membabitkan sami palsu tersebut.

Sehubungan itu, pihak Majlis telah mengadakan perbincangan dan mesyuarat dengan jabatan teknikal Majlis dan agensi luar seperti Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Perbadanan Harmoni Pulau Pinang (Harmonico), Malaysian Buddhist Association dan United Buddhist Organisation Malaysia untuk membanteras kehadiran kelompok sami palsu itu di pasar kompleks makanan Majlis. 

“Kerjasama semua orang awam terutamanya para pelanggan di pasar atau kompleks makanan adalah dimohon supaya lebih peka dan tidak terpedaya dengan kehadiran mereka dalam meminta sedekah. 

“Sekiranya ingin menghulurkan bantuan, adalah digalakkan secara memberi makanan dan bukan wang ringgit kepada sami-sami palsu ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini pada Rabu.

Difahamkan, hari ini Ahli Majlis Tan Soo Siang, Pengerusi Gantian Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bersama Ahli Majlis Choong You Ray dan Quah Boon Lim telah mengadakan satu sidang media khas di Kompleks Makanan Batu Lanchang, Pulau Pinang untuk menguar-uarkan kepada orang awam terutama pelanggan di pasar, kompleks makanan Majlis supaya tidak terpedaya dengan kehadiran sami-sami palsu itu.

Selepas sidang media tersebut, beberapa Ahli Majlis bersama pegawai Jabatan Pelesenan mengedarkan pelekat peringatan kepada para peniaga dan turut meletakkannya di atas meja makan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada orang awam.

Foto beberapa Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang, termasuk Tan Soo Siang (tengah) yang dimuat naik MBPP di Facebook hari ini.

MBPP berkata untuk menangani masalah isu sami palsu tersebut, pihak Majlis akan  mengadakan beberapa langkah pencegahan antaranya melakukan Operasi Serbu Bersepadu bersama agensi-agensi pihak berkuasa seperti PDRM dan Imigresen serta sami-sami yang dikesan akan diminta meninggalkan bangunan pasar atau kompleks makanan dengan serta-merta.

Antara lokasi yang kerap menjadi kunjungan sami-sami palsu tersebut adalah Tapak Penjaja Lebuh Cecil; Pasar Jelutong; Pasar dan Kompleks Makanan Batu Lanchang; Pasar dan Kompleks Makanan Bayan Baru; Pasar Ayer Itam; Pasar dan Kompleks Makanan Padang Tembak; Kompleks medan angsana; PSS Jalan Chowrasta; Pasar Pulau Tikus; Kompleks Lebuh Pitt; Kompleks Lorong Stewart dan Tapak Penjaja Lorong Baru. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending