Terkini
PM nafi campur tangan DNAA kes Ahmad Zahid
Keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid daripada 47 pendakwaan jenayah adalah atas budi bicara Peguam Negara malah termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya kerana campur tangan Perdana Menteri.

- Keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid daripada 47 pendakwaan jenayah atas budi bicara Peguam Negara, termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya campur tangan Perdana Menteri.
- Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sendiri meminta penjelasan Tan Sri Idrus Harun.
- Katanya, keputusan DNAA bukan satu perkara baharu, pernah berlaku beberapa kes sebelum ini dan menjadi rujukan.
- “Kenyataan sebelum ini seolah-olah Perdana Menteri campur tangan. Kita cakap dengan hukuman dan keadilan, bukan dengan andaian. Apakah saya berbincang? Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia apa alasan, dia beri 11 alasan, bukannya bincang.
- “Tan Sri Idrus terpaksa tarik atas alasan tertentu, saya cakap tidak boleh tangguh? Dia cakap tidak boleh. Saya tahu ramai tidak puas hati, termasuk kawan-kawan saya, tapi saya faham. Tapi, janganlah menghukum saya campur tangan,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, semalam.
KUALA LUMPUR: Keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid daripada 47 pendakwaan jenayah adalah atas budi bicara Peguam Negara malah termaktub dalam Perlembagaan dan bukannya kerana campur tangan Perdana Menteri.
Malah kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau sendiri telah meminta penjelasan daripada Tan Sri Idrus Harun keputusan tersebut.
Tegas Perdana Menteri, beliau langsung tidak campur tangan dan mengetahui Peguam Negara memiliki budi bicara terhadap soal pendakwaan seperti mana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, keputusan DNAA bukan sahaja satu perkara baharu, malah, pernah berlaku membabitkan beberapa kes sebelum ini dan menjadi rujukan kes sebelum ini.
“Kenyataan sebelum ini seolah-olah Perdana Menteri campur tangan. Kita cakap dengan hukuman dan keadilan, bukan dengan andaian. Apakah saya berbincang? Bila Peguam Negara buat keputusan, saya tanya dia apa alasan, dia beri 11 alasan, bukannya bincang.
“Tan Sri Idrus terpaksa tarik atas alasan tertentu, saya cakap tidak boleh tangguh? Dia cakap tidak boleh. Saya tahu ramai tidak puas hati, termasuk kawan-kawan saya, tapi saya faham. Tapi, janganlah menghukum saya campur tangan.
“Adakah ada rujukan? Ada. Sebelum ini beberapa rujukan membabitkan beberapa kes, Oleh kerana kes DNAA ini melibatkan kes dibangkitkan, akhirnya keputusan dibuat Peguam Negara,” katanya ketika sesi menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat.
Sebelum ini, keputusan DNAA Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi mengundang pelbagai reaksi termasuk Ahli Parlimen Pembangkang.
Mereka mendesak kerajaan khususnya bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan penggantinya, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh tampil memberikan penjelasan berhubung keputusan DNAA itu.
Menurut Anwar, beliau hairan dengan sikap beberapa Ahli Parlimen Pembangkang yang tidak mempedulikan siasatan kes membabitkan bekas pemimpin terdahulu, namun, tidak pernah membangkitkan isu itu sehingga ke hari ini.
“Saya terkesan dan ucap terima kasih kepada rakan-rakan Yang Berhormat dengan semangat menentang rasuah, ini kesepakatan suara keras menentang keras, ini perkembangan baik,” katanya.
Dalam pada itu, pertengkaran antara Perdana Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) tercetus ekoran kenyataan Anwar yang didakwa berkata mengaitkan penarikan pendakwaan dengan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr. Radzi Jidin.
Sebaliknya, Anwar menjelaskan beliau tidak menuduh individu tertentu secara spesifik.
“Kamu tahu pentadbiran dahulu bagaimana, Peguam Negara yang sama iaitu Tan Sri Idrus,” katanya.
Sementara itu, Anwar menegaskan, tiada siasatan membabitkan terhadap tindakan kritik kerajaan, sebaliknya siasatan hanya membabitkan jika menyentuh isu 3R iaitu agama, kaum dan raja. -UTUSAN
Sumber: Utusan Malaysia
Terkini
Kerajaan jamin kenaikan cukai, cukai baharu tidak bebankan rakyat
Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.

- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cukai itu tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
- Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
- “Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang,” katanya ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan bahawa kenaikan cukai serta cukai-cukai baharu yang akan diperkenalkan tidak akan membebankan rakyat.
Malah kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, cukai tersebut tidak melibatkan beberapa perkhidmatan seperti makanan dan minuman, telekomunikasi dan logistik.
Beliau berkata, antara cukai baharu kerajaan ialah cukai keuntungan modal bagi pelupusan saham yang tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih dan ia akan berkuatkuasa pada 1 Mac 2024 pada kadar 10 peratus.
“Beberapa cukai baharu akan diperkenalkan dan skop perkhidmatan bercukai akan diperluas antaranya cukai perkhidmatan kepada lapan peratus berbanding enam peratus sekarang.
“Namun, ia tidak membebankan rakyat kerana kenaikan ini tidak melibatkan perkhidmatan seperti makan minum, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik,” katanya di Dewan Negara hari ini.
Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, kerajaan juga akan mengenakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus ke atas barang nilai tinggi tertentu berdasarkan nilai ambang harga barangan.
Sumber: Kosmo
-
Terkini3 days ago
Lapan individu sehari dijangkiti HIV di Malaysia – Menteri Kesihatan
-
Terkini2 days ago
(VIDEO) Isu Aman Palestin dipolitikkan kerana ada figura politik dalam AP – KJ
-
Terkini3 days ago
Lelaki Muslim dijemput ke program hidangkan makanan tidak halal
-
Antarabangsa2 days ago
Anak perempuan saya dilayan seperti ratu, kata tebusan wanita Hamas dalam sepucuk surat tular