Connect with us

Terkini

50,000 hektar tanah untuk tanaman padi di Sabah, Sarawak – Zahid Hamidi

Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Wartawan TMT

Published

on

50,000 hektar tanah untuk tanaman padi di Sabah, Sarawak – Zahid Hamidi
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak dikenal pasti pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, perkara itu dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, pelaksanaannya memerlukan sedikit masa.
  • “Jenis padi yang akan ditanam pula adalah mengikut kesesuaian tanah di Sabah dan Sarawak. Saya fikir kosnya di sini agak tinggi, namun itu perkara kedua, apa yang penting mesti ada kemampuan sara diri, maknanya self-sufficiency untuk bekalan beras,” katanya selepas menghadiri program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaaan Haji Bujang, Sebangan, semalam.

SEBUYAU – Kawasan seluas 50,000 hektar di Sabah dan Sarawak telah dikenal pasti untuk pelaksanaan projek penanaman padi, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu telah dipersetujui secara prinsip oleh Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, namun pelaksanaannya memerlukan sedikit masa.

“Peruntukan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah perlu dikoordinasikan dengan Kementerian Pemodenan Pertanian Sarawak, selain itu perlu juga dapatkan persetujuan dari pemilik tanah (untuk pelaksanaan projek), terutamanya yang melibatkan Tanah Adat.

“Jenis padi yang akan ditanam pula adalah mengikut kesesuaian tanah di Sabah dan Sarawak. Saya fikir kosnya di sini agak tinggi, namun itu perkara kedua, apa yang penting mesti ada kemampuan sara diri, maknanya self-sufficiency untuk bekalan beras,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata demikian selepas menghadiri program Santuni Rakyat di Sekolah Kebangsaaan Haji Bujang, Sebangan dekat sini yang turut dihadiri oleh Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang dan Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi.

Zahid berkata, penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman wajib diberikan keutamaan untuk sebarang projek pembangunan terutama di Sarawak, dengan 1.4 juta penduduknya tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Sarawak telah mencapai kemerdekaan selama 60 tahun, adalah menjadi tanggungjawab bersama kerajaan persekutuan dan negeri membangunkan kawasan luar bandar dan pedalaman,” katanya.

Zahid turut mengumumkan peruntukan RM10 juta khusus bagi pembinaan Pusat Giat Mara di Sebangan yang akan dilaksanakan pada tahun ini. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

SPM 2023: Trend pelajar ambil subjek Matematik Tambahan, Sains Tulen menurun

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.
  • Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 
  • “Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mendapati trend pelajar mengambil mata pelajaran seperti Matematik Tambahan dan tiga subjek sains tulen iaitu Fizik, Kimia dan Biologi merekodkan penurunan susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 semalam.

MOSTI berkata semua mata pelajaran itu antara menjadi prasyarat membolehkan pelajar sambung pembelajaran di peringkat pengajian tinggi dalam aliran teknologi tinggi seperti bidang perubatan, kejuruteraan, farmasi, bioteknologi dan cabang jurusan berkaitan.

Trend itu berdasarkan bilangan pelajar yang menduduki mata pelajaran Sains Tulen (Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi) dalam SPM 2023 yang merekodkan penurunan 3.33 peratus bagi Matematik Tambahan, Biologi (2.2 peratus), Fizik (1.42 peratus) dan Kimia (1.42 peratus) berbanding tahun 2022. 

“Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Chang Lih Kang menekankan bahawa berdasarkan kepada trend penurunan pelajar yang mengambil subjek sains tulen ini, MOSTI memerlukan strategi dan sinergi bersepadu dari semua pihak berkepentingan melalui pendekatan quadraple helix agar bakat dalam bidang STI (sains, teknologi dan inovasi) dapat dibangunkan untuk mencapai misi dan aspirasi negara maju berteknologi tinggi menjelang tahun 2030 kelak,” katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

MOSTI bagaimanapun memaklumkan semua empat mata pelajaran elektif STEM membabitkan Sains Tulen (Fizik, Kimia dan Biologi) serta Matematik Tambahan menunjukkan peningkatan prestasi berbanding tahun sebelumnya. 

Katanya, mata pelajaran Fizik mencatatkan peningkatan tertinggi iaitu 0.22 dan menjadi mata pelajaran berprestasi terbaik dalam kumpulan elektif STEM dengan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) 4.15 mata.

“Pembelajaran fizik adalah amat penting dalam pelbagai bidang sains, justeru murid yang menguasai bidang ini berpotensi menjadi bakat dalam bidang kejuruteraan, sains perubatan dan pelbagai bidang teknologi. 

“Ujian Amali Sains (UAS) sebagai satu daripada kertas peperiksaan Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Tambahan pula, adalah selari strategi memartabatkan pendidikan STEM di bawah Teras 4 Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030; untuk membina Bakat STI yang Adaptif,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending