Connect with us

Antarabangsa

Bolot wang pencen ibu, enam tahun tinggal bersama mayat mereput

Seorang lelaki di Itali hidup bersama mayat ibunya selama enam tahun bagi membolehkan dia membolot wang pencen si mati, lapor akhbar Daily Star, Isnin lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Bolot wang pencen ibu, enam tahun tinggal bersama mayat mereput
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Seorang lelaki di Itali hidup bersama mayat ibunya selama enam tahun bagi membolehkan dia membolot wang pencen si mati, lapor akhbar Daily Star, Isnin lalu.
  • Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu jiran-jiran bahawa ibunya, Helga Maria Hengbarth pulang ke negara asalnya, Jerman.
  • Selama enam tahun, dia membolot wang pencen wanita berkenaan berjumlah kira-kira €180,000 (RM888,925).
  • Kegiatan itu akhirnya disedari polis dan jabatan bomba awal bulan ini. Kedua-dua agensi berkenaan menyerbu apartmen suspek pada 25 Mei lalu. Mereka menemui mayat Helga dalam keadaan mengerikan dan sudah reput.

VENICE, ITALI – Seorang lelaki di Itali hidup bersama mayat ibunya selama enam tahun bagi membolehkan dia membolot wang pencen si mati, lapor akhbar Daily Star, Isnin lalu.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu memberitahu jiran-jiran bahawa ibunya, Helga Maria Hengbarth pulang ke negara asalnya, Jerman.

Selama enam tahun, dia membolot wang pencen wanita berkenaan berjumlah kira-kira €180,000 (RM888,925).

Kegiatan itu akhirnya disedari polis dan jabatan bomba awal bulan ini. Kedua-dua agensi berkenaan menyerbu apartmen suspek pada 25 Mei lalu. Mereka menemui mayat Helga dalam keadaan mengerikan dan sudah reput.

Mayatnya dibalut dan disimpan di dalam beg mayat yang ditinggalkan di atas katil. Dia dikatakan berkongsi katil itu bersama suspek ketika masih hidup.

Suspek tiada di kediaman ketika serbuan dilakukan, namun menyerah diri kepada polis kemudian. 

Menurut laporan, cubaan polis untuk menghubungi Helga telah mencetuskan pencarian itu. Pesara terbabit  tidak membuat sebarang tuntutan ke atas kad insurans kesihatannya meskipun ketika pandemik Covid-19.

Ia membuatkan polis curiga, yang membawa kepada penemuan mayat wanita berkenaan.

Pihak berkuasa mengarahkan bedah siasat dilakukan ke atas mayat Helga untuk mengetahui punca kematiannya.

Siasatan polis setakat ini mendapati suspek telah mengambil wang pencen sebanyak €30,000 (RM148,148) setahun, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak €180,000 (RM888,925) sepanjang enam tahun.

Sumber: Kosmo

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Perang Gaza: Industri kurma Israel bimbang boikot Ramadan
Foto: Produk kurma dari Israel.
  • Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.
  • Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.
  • Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.
  • Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.
  • “Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

Peperangan berterusan Israel ke atas Gaza menyukarkan penjualan kurma Israel di pasaran Eropah menjelang bulan Ramadan akan datang, lapor media Israel.

Sertai Newsletter kami. Laporan Terkini & Pantas

form-article-Mailchimp


Dengan menyertai newsletter kami, anda bersetuju dengan polisi privasi kami.

Kira-kira satu pertiga daripada eksport tahunan kurma Israel berlaku pada bulan Ramadan tetapi tindakan boikot dibimbangi memberi kesan kepada produk hasil negara haram itu.

Menurut Haaretz, kempen pengiklanan berjumlah $550,000 (RM2.628 juta) bagi promosi kurma Medjool Israel ditangguhkan berikutan kebimbangan berlakunya boikot.

Penolakan terhadap produk Israel dalam kalangan masyarakat Muslim meningkat berikutan pertumpahan darah berterusan di Gaza.

“Sesiapa yang mendekati rak dan melihat ia tertulis “Made in Israel” akan berfikir dua kali,” kata ahli perniagaan yang terlibat dengan industri kurma kepada Haaretz dipetik MEE.

“Sebahagian besar kurma dijual pada bulan Ramadan dan di mana sahaja mereka (masyarakat Islam) boleh membelinya daripada orang lain, mereka akan cuba menghukum kami,” katanya.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat peningkatan kempen pergerakan Boikot, Lupus dan Sekat (BDS) dalam usaha mengenakan tekanan ekonomi ke atas syarikat Israel supaya pendudukan haram ditamatkan.

Kumpulan Kempen Solidariti Palestin mengatakan kebanyakan kurma Medjool Israel ditanam di penempatan haram Tebing Barat yang diduduki peneroka haram Israel. 

Kempen-kempen memerangi pendudukan haram sering memberi peringatan supaya pengguna menyemak tempat asal pengeluaran kurma itu sebelum pembelian dilakukan. – The Merdeka Times

Author

Sokong Kami TheMerdekaTimes dengan bantu perjalanan kami di sini

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending